Yakin Tempuhi Fasa Peralihan Endemik

Hamrila, Abdul Latip (2022) Yakin Tempuhi Fasa Peralihan Endemik. [Newspaper Cutting]

[img] PDF
fasa peralihan endemik Mac2022.pdf

Download (560kB)
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Pandemik benar-benar menjadi sebahagian pengalaman yang mendewasakan kita. Pelbagai ranjau, kegetiran dan kepayahan yagng tidak pernah tergambar sebelum ini. Bukan sedikit episod kehilangan dan perpisahan yang menguji, yang kekal dalam memori sebagai tragedi dan mimpi ngeri pada kita yang ditinggalkan. Memahami erti kehidupan, kita tahu bahawa dewasa bukanlah boleh diukur pada fizikal dan usia. Perkataan dewasa itu jelas subjektif sifatnya berasaskan nilai input masa dan kualiti kematangan yang dimiliki. Katakan apa saja yang dijadikan subjeknya, kedewasaan akan memberi nilai tambah yang signifikan berbanding dengan yang sifatnya keanak-anakan. Malah, pengertian dewasa itu juga membawa nilai yang tinggi kepada setiap kriteria dewasa yang bersepadanan dengannya. Kalau ternakan seperti ayam, itik, lembu dan kambing lebih mahal harganya, berbanding dengan harga anaknya yang masih kecil disebabkan nilai produktifnya sama ada dagingnya, atau kerana keupayaan penghasilan bahan protein lain seperti susu atau telur. Begitu juga dengan manusia, nilai produktifnya yang membawa tambah nilai seiring kedewasaan ditaksir dengan keupayaannya berfikir, kematangan dalam pertimbangan, juga keupayaan penghasilan output kerja dan pencapaian yang elok sifatnya. Nilai tambah dan nilai produktif yang dibawa bersama kedewasaan seseorang bersifat unik dan berbeza-beza nilainya mengikut kriteria dan keutamaan yang bersesuaian.

Item Type: Newspaper Cutting
Uncontrolled Keywords: UNIMAS News
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 06 Dec 2022 02:55
Last Modified: 12 Dec 2022 08:19
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40685

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item