Penghasilan Karya Sastera Pelancongan di Sarawak: Satu Tinjauan

Dilah, Tuah (2022) Penghasilan Karya Sastera Pelancongan di Sarawak: Satu Tinjauan. In: Seminar Sastera Borneo 2022, 21-23 Oktober 2022, Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. (Unpublished)

[img] PDF
PENGHASILAN KARYA SASTERA PELANCONGAN DI SARAWAK.pdf

Download (280kB)
Official URL: https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/10/21/6311...

Abstract

Sastera pelancongan merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia. Potensi karya sastera sebagai alat promosi pelancongan masih belum diteliti secara tuntas khususnya karya�karya yang dihasilkan oleh penulis dari Sarawak. Sehubungan itu, penelitian ini akan meninjau penghasilan karya sastera pelancongan dalam kalangan pengarang dari Sarawak. Tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk meninjau sejauh manakah pengarang menjadikan destinasi pelancongan yang terdapat di Sarawak sebagai latar dalam karya mereka. Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dan analisis teks. Sebanyak 20 novel dan cerpen telah dianalisis dengan lapan daripadanya menjadi asas perbincangan dalam penelitian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang dari Sarawak sememangnya cenderung menjadikan latar setempat sebagai latar dalam karya mereka. Pemaparan latar setempat dalam karya sastera secara tidak langsung berupaya mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: karya sastera; pelancongan, pengarang, Sarawak, Borneo
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 11 Nov 2022 08:51
Last Modified: 12 Oct 2023 01:56
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40418

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item