Inventori Data Antropometri Untuk Reka Bentuk Produk Sensori Kanak-Kanak Cerebral Palsy

Nur Nabilah, Binti Wazir (2022) Inventori Data Antropometri Untuk Reka Bentuk Produk Sensori Kanak-Kanak Cerebral Palsy. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Master Thesis_NUR NABILAH BINTI WAZIR_secured (1).pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Dalam bidang ergonomik, data antropometri dapat digunakan dan diaplikasikan dalam reka bentuk produk dan juga digunakan untuk mengembangkan proses reka bentuk. Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji aplikasi data antropometri dalam reka bentuk produk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Penyelidikan ini memfokuskan pada pengukuran antropometri tangan kanak-kanak dengan Cerebral Palsy (CP). Pada masa ini tiada data antropometri yang khusus untuk kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) di Malaysia. Justeru itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk mengaplikasikan dan menganalisis data antropometri kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) yang berumur 12 bulan hingga 15 tahun dalam reka bentuk produk. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menghasilkan nilai min, peratusan, dan sisihan piawai untuk pemboleh ubah antropometri. 30 orang kanak-kanak dengan Cerebral Palsy (CP) terlibat dalam kajian ini dan 19 dimensi tangan telah diukur. Responden diberitahu terlebih dahulu bahawa penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan pangkalan data antropometri yang dapat digunakan untuk membangunkan reka bentuk produk yang bersesuaian bagi kanak-kanak Cerebral Palsy (CP). Hasil kajian yang diperolehi menjadi rujukan dan maklumat untuk proses reka bentuk produk

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Data Antropometri, Ergonomik, Kanak-Kanak Cerebral Palsy (CP)
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Faculties, Institutes, Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Depositing User: Nur Nabilah Binti Wazir
Date Deposited: 28 Sep 2022 01:58
Last Modified: 04 Apr 2023 07:22
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39970

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item