PENGGUNAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI Z DI MALAYSIA: SATU ANALISIS WACANA KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER

Nik Amani Nasrin bt Nik Rosli, - (2022) PENGGUNAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI Z DI MALAYSIA: SATU ANALISIS WACANA KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
FYP_Nik Amani - 24 pages.pdf

Download (337kB)
[img] PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583933/ 082-583914)
FYP_Nik Amani_fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat telah mengubah secara drastik cara manusia berkomunikasi pada masa kini telah mewujudkan kepelbagaian jenis bahasa yang digunakan di media sosial. Medium media sosial adalah penting dalam pembentukan dan penghasilan jenis penggunaan bahasa yang baharu terutamanya yang digunakan oleh generasi Z. Generasi Z merupakan golongan yang paling kerap menggunakan media sosial, oleh itu adanya pelbagai jenis bahasa yang digunakan oleh mereka sepanjang berkomunikasi menggunakan media sosial. Oleh itu lebih banyak yang perlu diketahui berkenaan dengan analisis bahasa di media sosial menggunakan pendekatan analisis wacana komunikasi pengantaraan komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa dalam media sosial terutamanya dalam kalangan generasi Z di Malaysia dengan menggunakan kaedah analisis wacana komunikasi pengantaraan komputer dengan memfokuskan terhadap medium media sosial yang paling kerap digunakan, jenis penggunaan bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi jenis penggunaan bahasa. Data perbualan yang dipilih merupakan korpus perbualan yang terkini. Responden kajian merupakan pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT yang lahir dalam lingkungan tahun 1995 hingga 2010. Penemuan penyelidikan ini akan menyumbang kepada pemahaman terhadap cara penggunaan analisis wacana komunikasi pengantaraan komputer (CMCDA) digunakan untuk mengetahui jenis bahasa yang digunakan dalam media sosial responden serta mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi WhatsApp merupakan aplikasi yang paling banyak digunakan oleh responden, oleh itu dapatan jenis bahasa banyak diperoleh di WhatsApp. Selain itu faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa lebih tertumpu kepada kepantasan dan kecepatan dalam berkomunikasi dan faktor lain yang paling kerap mempengaruhi penggunaan bahasa adalah faktor rakan sebaya yang mendorong pengguna untuk menggunakan jenis bahasa yang sama di media sosial.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: komunikasi pengantaraan komputer, generasi Z, media sosial, rakan sebaya, kepantasan, dalam talian.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 22 Sep 2022 03:41
Last Modified: 22 Sep 2022 03:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39934

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item