ANALISIS KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PROGRAM BUAL BICARA WANITA HARI INI.

Mohamad Noorhanif bin Abdul Rahman, - (2021) ANALISIS KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PROGRAM BUAL BICARA WANITA HARI INI. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
FYP_Mohamad_Noorhanif - 24 pages.pdf

Download (317kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Mohamad Noorhanif.pdf
Restricted to Registered users only

Download (925kB)

Abstract

Kesantunan berbahasa merupakan elemen yang penting dalam sebuah masyarakat. Penggunaan bahasa yang bersopan dan baik dapat menjamin keamanan disamping mengurangkan perbalahan antara diri sendiri mahupun orang lain. Penggunaan kesantunan berbahasa ini dapat dilihat melalui aktiviti berkomunikasi antara dua belah pihak. Maka kajian ini akan melihatkan kepada kesantunan berbahasa dalam sebuah rancangan bual bicara Wanita Hari Ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan berpaksikan kepada dua objektif utama iaitu menganalisis penggunaan kata sapaan oleh pemeran dalam rancangan WHI dan menganalisis penggunaan maksim santun dan maksim persetujuan oleh hos dan jemputan dalam rancangan WHI. Bagi menjawab kedua-dua objektif tersebut, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan mentranskripsi audio kepada teks penulisan, kajian dijalankan terhadap 6 episode terakhir pada bulan Desember 2021 kemudian pengkaji akan meneliti dan mengeluarkan data iaitu kata sapaan, maksim santun dan maksim persetujuan dalam episode yang dikaji. Oleh hal yang demikian, pengkaji mendapati bahawa rancangan WHI ini telah menepati kesantunan berbahasa kerana penggunaan kata sapaan yang digunakan adalah sesuai dengan kata sapaan melalui aspek kata ganti nama diri. Pengkaji mendapati kata sapaan yang digunakan dalam kajian ini ialah kita, saya, kami, mereka, puan dan beliau. Manakala penggunaan maksim santun pula dapat dilihat melalui ucapan terima kasih dan maksim persetujuan pula dilihat melalui ungkapan “ya betul” dan “setuju”.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: kesantunan berbahasa, kata sapaan, maksim santun, maksim persetujuan.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 22 Sep 2022 03:40
Last Modified: 12 Jan 2024 03:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39922

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item