Penterjemahan Perkataan Taksa dalam Lirik Lagu Arab 'Kalimat' oleh Majida El Roumi Berdasarkan Prinsip Terjemahan Alexander Fraser Tytler

Roslan, Ali and Nur Afifah Atirah, Saperi and Mohamad Fairuz, Ali (2022) Penterjemahan Perkataan Taksa dalam Lirik Lagu Arab 'Kalimat' oleh Majida El Roumi Berdasarkan Prinsip Terjemahan Alexander Fraser Tytler. In: International Conference on Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022), 19-20 September 2022, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UnisZA.

[img] PDF
Penterjemahan Perkataan Taksa dalam Lirik Lagu Arab.pdf

Download (586kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pengaplikasian Prinsip Terjemahan Alexander Fraser Tytler (1790) dalam penterjemahan perkataan taksa daripada bahasa Arab (bahasa sumber) ke dalam bahasa Melayu (bahasa sasaran) yang pastinya jauh berbeza kerana berasal daripada rumpun bahasa yang berbeza sama sekali, baik dari segi tatabahasa, gaya bahasa, unsur budaya dan sebagainya. Kajian ini bersifat kualitatif deskriptif dan analisis dokumen dijadikan sebagai instrumen kajian untuk meneliti perkataan taksa yang terkandung dalam karya kesusasteraan, iaitu lirik lagu ‘Kalimat’ nyanyian biduanita Majida El Roumi. Memandangkan teks ini berkaitan dengan teks sastera maka penterjemahan menuntut ketelitian dan ketepatan yang tinggi supaya mesej yang mempunyai ketersiratan makna akan dapat diterjemahkan dengan tepat atau sedekat mungkin dengan teks sumber. Tuntasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penerapan Prinsip Terjemahan Alexander Fraser Tytler dapat menyelesaikan masalah ketaksaan perkataan walaupun dalam teks sastera daripada rumpun bahasa yang berlainan

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: penterjemahan, perbandingan, perkataan taksa, prinsip terjemahan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 19 Sep 2022 08:04
Last Modified: 12 Oct 2023 02:39
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39825

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item