Simpulan bahasa Cina: Satu kajian Semantik Kognitif

Lau Bick Ling, - (2022) Simpulan bahasa Cina: Satu kajian Semantik Kognitif. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
12.FYP_Lau Bick Ling - 24 pages.pdf

Download (383kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Lau Bick Ling ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tujuan kajian ini dilaksankan adalah untuk mengkaji simpulan bahasa Cina dalam kalangan masyarakat Cina. Objektif dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti makna simpulan bahasa Cina yang digunakan oleh masyarakat Cina. Kajian ini juga menjelaskan simpulan bahasa Cina melalui pendekatan semantik kognitif. Kajian dari perspektif semantik kognitif ini menggunakan kerangka teori Lakoff (1987). Mekanisme kognitif dimanfaatkan dalam analisis data seperti skema imej. Data simpulan bahasa Cina dikumpul menerusi kajian lapangan melibatkan kaedah temu bual, rakaman dan catatan. Informan yang terlibat dalam kajian ini ialah penutur Cina di kawasan Sibu, Sarawak. Hasil analisis data mendapati bahawa simpulan bahasa Cina dalam kalangan masyarakat Cina, khususnya untuk memperkatakan mengenai motivasi didasari oleh skema imej atas-bawah, skema imej sumber-laluan-matlamat dan skema imej hadapan-belakang. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa budaya masyarakat Cina, iaitu simpulan bahasa Cina amat penting untuk diwarisikan. Pengaruh ini dapat dilihat menerusi penggunaan simpulan bahasa sebagai bahasa kiasan yang bertujuan untuk mendidik anak-anak dan berinteraksi dengan orang lain. Sebagai sebuah kajian linguistik, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pembaca dan penyelidik mengenai simpulan bahasa Cina yang berkait dengan motivasi, khususnya dalam bidang semantik kognitif

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: Simpulan bahasa Cina, motivasi, semantik kognitif, skema imej, masyarakat Cina
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 09 Sep 2022 08:48
Last Modified: 22 Nov 2023 03:21
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39612

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item