DESKRIPSI ASAS SISTEM FONOLOGI VARIASI BAHASA DUSUN LABUK DI SANDAKAN, BELURAN DAN TELUPID SABAH.

KIMBERLY JANE PRISLEY, - (2022) DESKRIPSI ASAS SISTEM FONOLOGI VARIASI BAHASA DUSUN LABUK DI SANDAKAN, BELURAN DAN TELUPID SABAH. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
11.FYP_Kimberly - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Negeri Sabah yang sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” yang merupakan satu daripada 14 negeri yang terdapat di Malaysia dan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah terletak di utara pulau Borneo iaitu pulau ketiga terbesar di dunia dan ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Tujuan kajian ini dijalankan adalah menentukan persamaan dan perbezaan dari segi leksikal dan inventori fonem tiga variasi bahasa Dusun Labuk yang dituturkan di Sandakan, Beluran dan Telupid, Sabah. Objektif bagi kajian ini adalah menentukan peratusan kognat antara tiga variasi ini berdasarkan 100 daftar kata dalam senarai Swadesh. Objektif kedua pula ialah mengenal pasti persamaan dan perbezaan inventori fonem dan penyebaran di antara bahasa Dusun Labuk yang dituturkan di Sandakan, Beluran dan Telupid. Kajian ini memfokuskan tentang bahasa Dusun Labuk yang memfokuskan kepada tiga kawasan di Sabah iaitu Taman Sibuga, Sandakan, Kampung Kuala Sapi, Beluran dan Kampung Tongod, Telupid. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dalam kutipan data. Seramai tiga orang informan yang merupakan penutur jati bahasa Dusun Labuk masing-masing tinggal di tiga kawasan kajian yang berbeza. Pengkaji menggunakan seratus kota kata dasar Swadesh sebagai instrumen kajian.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: Dusun Labuk, Fonologi, Vokal, Konsonan, Diftong, Inventori fonem, Swade
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 09 Sep 2022 08:43
Last Modified: 11 Jul 2023 09:18
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39610

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item