Simbol Haiwan Bertanduk dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisit

Izzah bt Abdullah, - (2022) Simbol Haiwan Bertanduk dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisit. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Izzah bt Abdullah ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Peribahasa menggambarkan pemikiran masyarakat dahulu yang kritis kerana menerapkan pemerhatian yang dibuat daripada alam sekeliling kepada peribahasa Melayu. Peribahasa dapat mengajar masyarakat pengajaran atau nasihat agar masyarakat sentiasa saling mengingati dan mengambil iktibar daripada mesej yang tersirat dalam peribahasa tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simbol haiwan bertanduk dalam peribahasa Melayu menggunakan analisis semantik inkuisitif. Kajian yang berbentuk kualitatif yang bersifat deskriptif ini mengambil data-data daripada Kamus Peribahasa Melayu untuk pelajar yang disusun oleh Mohd Tajuddin Hj. Abd. Rahman (1999) dan kamus atas talian di laman web https://maksudperibahasa.com/ dan Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menganalisis tahap kedua semantik inkuisitif. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa simbol haiwan bertanduk dan sifat dan akal budi Melayu dapat dihubungkaitkan antara satu sama lain kerana tingkah laku Melayu dapat dikatakan mempunyai persamaan dengan tingkah laku haiwan yang terdapat di sekeliling masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai simbol haiwan bertanduk dalam peribahasa Melayu berkenaan dengan makna tersirat yang terdapat dalam peribahasa itu

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: : Simbol haiwan bertanduk, peribahasa Melayu, analisis semantik inkuisitif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 09 Sep 2022 08:47
Last Modified: 30 Nov 2023 06:34
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39607

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item