Pemilihan dan sikap bahasa Etnik Iban di Kampung Batu 8, Limbang, Sarawak

Florina Tolentino Lina, - (2022) Pemilihan dan sikap bahasa Etnik Iban di Kampung Batu 8, Limbang, Sarawak. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
Florina 24pgs.pdf

Download (575kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Florina ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (420kB)

Abstract

Kepelbagaian etnik yang ada di negara ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian bahasa dan bangsa daripada pelbagai masyarakat. Masyarakat yang ada di Malaysia mempunyai kemahiran untuk menggunakan dwibahasa ketika berkomunikasi dengan individu yang berlainan bangsa. Kemahiran penggunaan bahasa melebihi daripada satu bahasa iaitu bahasa ibunda dan bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian yang diperolehi dengan menggunakan empat domain yang terdiri daripada teori domain Fishman iaitu domain keluarga, domain pekerjaan, domain kejiranan dan domain persahabatan. Berdasarkan analisis terhadap data pemilihan bahasa etnik Iban di Kampung Batu 8, Limbang didapati responden lebih dominan memilih bahasa Iban ketika berkomunikasi dengan individu yang sebangsa dalam domain keluarga dan domain kejiranan. Peralihan juga berlaku dalam domain pekerjaan dan domain persahabatan iaitu ketika berkomunikasi dengan individu yang didapati berlainan bangsa. Peralihan bahasa wujud berdasarkan situasi dan fungsi yang dihadapi responden. Bagi sikap penutur masyarakat etnik Iban menunjukkan bahawa responden masih setia dan bangga sebagai penutur jati bangsa Iban.

Item Type: Final Year Project Report
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 09 Sep 2022 08:47
Last Modified: 12 Dec 2023 07:51
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39606

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item