PERALIHAN DAN PENGEKALAN BAHASA DALAM KALANGAN GENERASI Z KAUM MELANAU DI SARAWAK

Adriana binti Dris, - (2022) PERALIHAN DAN PENGEKALAN BAHASA DALAM KALANGAN GENERASI Z KAUM MELANAU DI SARAWAK. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
FYP_Adriana Dris - 24 pages.pdf

Download (270kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Adriana Binti Dris ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Bahasa Melanau merupakan bahasa minoriti yang dituturkan oleh kaum Melanau yang berada di Sarawak. Kaum Melanau terdedah dengan bahasa yang dominan, justeru menyebabkan berlakunya fenomena peralihan dan pengekalan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena peralihan dan pengekalan bahasa dalam kalangan generasi Z kaum Melanau di Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa dalam generasi Z kaum Melanau di Bahagian Mukah, Sarawak dengan menggunakan Kerangka Analisis Domain Fishman 1972. Objektif kedua kajian ini adalah untuk menghuraikan fenomena peralihan dan pengekalan bahasa yang berlaku dalam generasi Z kaum Melanau bagi domain kekeluargaan, persabahatan, keagamaan, pendidikan, dan pekerjaan dengan menggunakan Kerangka Vitaliti dan Keterancaman Bahasa UNESCO 2003. Seramai 100 orang responden daripada generasi Z kaum Melanau telah dipilih secara persampelan bertujuan dengan ketetapan kriteria tertentu. Hasil kajian mendapati fenomena peralihan bahasa dalam generasi Z kaum Melanau berlaku dalam domain keagaamaan, persahabatan, pendidikan, dan pekerjaan. Bagi fenomena pengekalan bahasa, bahasa Melanau didapati berada dalam status selamat kerana masih dituturkan oleh generasi Z, di samping generasi tua di sekeliling mereka masih menguasai serta bertutur bahasa Melanau dalam komunikasi harian.

Item Type: Final Year Project Report
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 07 Sep 2022 01:18
Last Modified: 15 Dec 2023 08:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39547

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item