ASPEK FONOLOGI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK MELAYU BERUMUR 6 TAHUN DI BANTING, SELAN

ABDUL SYUKUR BIN AHMAD SABRI, - (2022) ASPEK FONOLOGI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK MELAYU BERUMUR 6 TAHUN DI BANTING, SELAN. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF
FYP_Abdul syukur - 24 pages.pdf

Download (252kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3933/ 3942)
Abdul Syukur Bin Ahmad Sabri ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (538kB)

Abstract

Pemerolehan bahasa pertama yang diperoleh oleh kanak-kanak akan digunakan dalam proses mendapatkan penguasaan berbahasa pada peringkat morfologi, sintaksis, semantik dan fonologi. Akan tetapi, peringkat fonologi merupakan peringkat yang sering menimbulkan masalah kepada kanak-kanak dalam menguasai peringkat tersebut. Masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat fonologi ini ialah perbezaan sebutan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji aspek fonologi dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu yang berumur 6 tahun di Banting, Selangor. Kajian ini berbentuk kualitatif sepenuhnya melalui penggunaan kaedah temu bual dengan 2 orang kanak-kanak yang berlainan jantina berumur 6 tahun. Data yang dikumpul akan dianalisis mengikut kerangka daripada Mohammad Rodzi & Syed Jaafar (2018) dan Mohammad Noor (2002). Kajian ini akan memberikan pendedahan kepada masyarakat khususnya ibu bapa tentang tahap pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak yang berusia awal enam tahun khususnya dalam proses penyebutan sesuatu perkataan. Oleh hal yang demikian, pengkaji mendapati bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak yang berumur 6 tahun telah hampir menguasai fonem vokal, konsonan dan diftong. Pengkaji juga telah mendapati kanak-kanak yang berumur 6 tahun telah memperoleh suku kata iaitu dua dan tiga suku kata dengan baik, Manakala terdapat persamaan dan perbezaan aspek fonologi yang berlaku di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: Pemerolehan bahasa, Fonologi, Vokal, Konsonan, Diftong, Inventori fonem, Suku kata
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 07 Sep 2022 01:17
Last Modified: 20 Jan 2023 02:35
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39546

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item