PENGAYAAN KOSA KATA DAN MAKNA DALAM NOVEL TERPILIH BERDASARKAN ANALISIS TEORI MEDAN MAKNA DAN TEORI RELEVANS

SITI NUR HIDAYAH, ABDULLAH (2022) PENGAYAAN KOSA KATA DAN MAKNA DALAM NOVEL TERPILIH BERDASARKAN ANALISIS TEORI MEDAN MAKNA DAN TEORI RELEVANS. PhD thesis, UNIMAS.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Siti Nur.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Bahasa lisan dan bahasa tulisan merupakan dua penampilan bahasa yang berbeza. Namun demikian, bahasa tulisan dikatakan lebih sukar untuk dikuasai kerana melibatkan pelbagai aspek. Antaranya, aspek pengayaan kosa kata dan makna bagi sesepatah kosa kata. Kekurangan kosa kata dan makna dalam kalangan pengguna bahasa Melayu khususnya dalam perihal penulisan telah menimbulkan pelbagai masalah seperti tidak bersikap kreatif dan kritis ketika menulis, menimbulkan risiko salah faham, menimbulkan tanggapan negatif terhadap bahasa Melayu dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini mengemukakan 3 objektif iaitu menganalisis dan menghuraikan kosa kata yang memiliki makna sinonim dan polisem untuk tujuan pengayaan kosa kata dan makna dalam novel terpilih berdasarkan analisis Teori Medan Makna dan Teori Relevans. Manakala, objektif ketiga pula ialah menganalisis dan menghuraikan kosa kata bahasa sukuan dan dialek tempatan serta cadangan untuk dientrikan dalam Kamus Dewan bagi memperkaya kosa kata dan makna dalam bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini pula berbentuk kajian kepustakaan, analisis dokumen iaitu novel Penebus Kalbu karya Abang Median Abang Said dan temu bual tidak berstruktur. Sebanyak 330 kosa kata iaitu data korpus telah disenaraikan daripada novel Penebus Kalbu, hanya 24 sahaja kosa kata telah dipilih secara rawak mudah untuk dianalisis dan dihuraikan. Kosa kata tersebut terdiri daripada 10 kosa kata tunggal untuk aspek sinonim, 10 kosa kata tunggal untuk aspek polisem dan 4 kosa kata yang terdiri daripada kosa kata bahasa sukuan dan dialek. Hasil daripada analisis dan huraian kajian mendapati bahawa kesemua kosa kata tersebut memberi sumbangan kepada pengayaan kosa kata dan makna kepada pengguna bahasa Melayu kini. Empat kosa kata daripada bahasa sukuan dan dialek juga dilihat sesuai dientrikan dalam Kamus Dewan untuk memperkaya khazanah kosa kata bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian seumpama ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya pengguna bahasa Melayu faham bahawa bahasa Melayu juga mempunyai standardnya yang tersendiri, malah pernah menjadi lingua franca di Asia Tenggara. Selain itu, kajian-kajian mengenai bahasa sukuan dan dialek juga dilihat amat bermakna untuk menambah dan memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kata kunci: Pengayaan, kosa kata, makna, semantik leksikal, Teori Medan Makna, Teori Relevans

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: SITI NUR HIDAYAH ABDULLAH
Date Deposited: 24 Aug 2022 01:58
Last Modified: 04 Jul 2023 06:25
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39267

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item