Kearifan Berbahasa Cerminan Kepada Keperibadian Melayu Berorientasikan Akal Budi Melayu Dalam Peribahasa

Nur Shazwanie, Wakimin and Nor Hashimah, Jalaluddin and Junaini, Kasdan (2019) Kearifan Berbahasa Cerminan Kepada Keperibadian Melayu Berorientasikan Akal Budi Melayu Dalam Peribahasa. In: SEMINAR LINGUISTIK KEBANGSAAN SLIK 2019, 16- 17 OKTOBER 2019, PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI.

[img] PDF
Kearifan Berbahasa Cerminan.pdf

Download (2MB)

Abstract

Bangsa Melayu sejak dari zaman berzaman adalah masyarakat yang peka dengan alam dan persekitaran. Mereka telah melakukan pelbagai kajian, eksperimen dengan pemerhatian terhadap alam untuk mendapatkan pengalaman dalam hidup. Melalui pemerhatian, maka lahirlah peribahasa yang begitu tinggi nilai estetikanya. Peribahasa merupakan salah satu wahana yang penting dalam merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu ketika itu. Sebanyak 25 peribahasa yang dikenal pasti menggunakan elemen sains yang diperoleh melalui hasil janaan daripada laman sesawang http://www.malaycivilization.com.my. Dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif, iaitu pendekatan yang melibatkan gabungan di antara data korpus, teori, kognitif dan falsafah bagi memahami konteks sebenar peribahasa sehingga mampu mencungkil ke peringkat akal budi penuturnya. Analisis mendapati bahawa orang Melayu dahulu telah mempertalikan hubungan di antara konsep ekonomi dan bahasa dalam peribahasa amat berkait rapat dengan sifat keperibadian yang ada dalam masyarakatnya. Contohnya, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, dalam peribahasa berkenaan telah memberi gambaran tentang konsep timbangan. Dari sudut sains, ia mempunyai perkaitan dengan konsep berat dan ringan yang melibatkan dua jisim yang tidak sama berat yang melibatkan kepada konsep kepadatan (ketumpatan) serta hukum keapungan (prinsip Archimedes) yang boleh dikaitkan dengan elemen ekonomi, iaitu melalui konsep untung (berat) dan rugi (ringan). Menerusi konsep ini orang Melayu telah mempertalikannya dengan ‘nasib’ seseorang yang membawa kepada konsep kesungguhan dalam ‘usaha’ untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Berdasarkan peribahasa ini, menunjukkan apa-apapun kita harus berserah kepada Allah swt. Namun begitu, tidak semestinya Allah swt telah tetapkan nasib dan rezeki setakat itu sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa elemen ekonomi merupakan suatu bahasa yang diolah ke dalam peribahasa bagi membantu memperjelaskan makna sebenar peribahasa sehingga dapat mencungkil kearifan dan keintelektualan orang Melayu.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: peribahasa Melayu, kognitif Melayu,akal budi Melayu, semantik inkuisitif.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Nur Shazwanie Wakimin
Date Deposited: 05 Aug 2022 02:14
Last Modified: 25 Oct 2023 02:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39108

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item