Gerakan Antivaksin dan Keperluan Penyelesaian Menurut Perspektif Undang-Undang di Malaysia : Suatu Analisis = Anti-vaccine Movement and the Need for Solution from Legal Perspective in Malaysia : An Analysis

Siti Mahanisayu, Marhaban and Muhammad Hafiz, Mohd Shukri (2022) Gerakan Antivaksin dan Keperluan Penyelesaian Menurut Perspektif Undang-Undang di Malaysia : Suatu Analisis = Anti-vaccine Movement and the Need for Solution from Legal Perspective in Malaysia : An Analysis. Akademika, 92 (2). pp. 97-112. ISSN 0126-5008

[img] PDF
Gerakan Antivaksin - Copy.pdf

Download (195kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa perkhidmatan vaksinasi yang diberikannya sejak awal tahun 1950-an adalah percuma dan bertujuan melindungi golongan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk memberikan imunisasi lengkap kepada anak-anak masih merupakan suatu pilihan yang diberi kepada ibu bapa atau penjaga dan tidak bersifat mandatori. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, kemunculan gerakan yang bersifat antivaksin dilihat semakin berani menyebarkan fahaman salah mengenai keperluan vaksinasi kepada masyarakat terutamanya golongan ibu bapa. Justeru, penulisan ini bermatlamat menganalisis isu-isu perundangan yang timbul dalam konteks pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan kewujudan gerakan antivaksin di Malaysia. Perkara-perkara penting yang dikupas dalam penulisan ini ialah keperluan pemberian vaksin kepada kanak-kanak, kewujudan gerakan antivaksin dan langkah-langkah kawalan terhadap penyebaran maklumat salah di Malaysia. Reka bentuk kajian perundangan tulen yang bersifa tkualitatif diaplikasikan dalam penulisan ini. Sumber data yang dikumpulkan adalah terdiri daripada sumber primer iaitu peruntukan statut dan kes-kes mahkamah di samping sumber sekunder seperti buku teks dan jurnal. Data-data terkumpul seterusnya dianalisis dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan kaedah analisis kritikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa kajian khusus mengenai gerakan antivaksin dan langkah pengawalannya dalam konteks undang-undang di Malaysia amat kurang dijalankan sebelum ini. Maka, penulis mencadangkan agar kajian terperinci dijalankan dengan memfokuskan penyelesaian terhadap isu-isu perundangan yang timbul akibat daripada kewujudan gerakan antivaksin menurut perspektif undang-undang di Malaysia. Penulis menjangkakan bahawa kajian perundangan yang dijalankan berdasarkan cadangan tersebut akan dapat memberikan sumbangan ilmu pengetahuan yang baharu dan penting terutamanya berkaitan aspek kawalan undang-undang terhadap kewujudan gerakan antivaksin.

Item Type: Article
Additional Information: Akademika - Journal indexed by Web of Science (WOS): https://mjl.clarivate.com:/search-results?issn=0126-5008,1890-3991&hide_exact_match_fl=true&utm_source=mjl&utm_medium=share-by-link&utm_campaign=search-results-share-these-results
Uncontrolled Keywords: Antivaksin; imunisasi; imuniti kelompok; kajian undang-undang; maklumat salah
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Mohd Shukri
Date Deposited: 01 Aug 2022 00:43
Last Modified: 01 Aug 2022 00:43
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38992

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item