Imej Wanita Dalam pantun Melayu

Nur'Ain, Nasir and Zuraidah, Jantan and Rozaimah, Rashidin (2019) Imej Wanita Dalam pantun Melayu. In: Prosiding Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK2019), 16-17 Oktober 2019, Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM, Langkawi Kedah..

[img] PDF
Prosiding SLik 2019-508-515.pdf

Download (319kB)
Official URL: http://irep.iium.edu.my/77950/1/77950.pdf

Abstract

Kajian ini mengenal pasti imej-imej wanita dan juga imej dominan wanita yang terdapat dalam pantun Melayu. Hal ini berhubungan dengan kenyataan Sharifah Zaleha (1998) bahawa “Walaupun ada aspek-aspek positif yang menggambarkan wanita tradisional, namun secara keseluruhannya, wanita dianggap lemah, mudah dimanipulasi dan tidak boleh menentukan nasib sendiri.” Pernyataan tersebut membawa maksud bahawa walaupun wanita mempunyai imej positif, akan tetapi imej negatif terhadap wanita sering mendominasi imej positif terutamanya dalam peribahasa, novel dan majalah. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah pantun yang berunsur kasih sayang dalam buku Kurik Kundi Merah Saga. Imej wanita dianalisis dengan menggunakan pendekatan pragmatik dan pengaplikasian Teori Relevans. Berdasarkan hasil kajian, terdapat tujuh imej wanita positif dan 13 imej wanita negatif yang terkandung dalam 20 rangkap pantun. Ternyata bahawa imej wanita yang dominan dalam pantun kasih sayang ini ialah imej negatif. Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan satu persepsi terhadap imej wanita iaitu imej negatif sering mendahului imej positif wanita seperti kajian-kajian yang pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu juga, penggunaan pantun sangat menonjol dalam kalangan masyarakat Melayu. Keindahan pantun bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Terdapat banyak pantun yang terakam di dalamnya tunjuk ajar, nasihat dan hal yang berkaitan tentang cara hidup beragama, bermasyarakat, dan berkeluarga. Justeru, tunjuk ajar dalam pantun Melayu dapat mewariskan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Walaupun imej negatif wanita lebih menonjol dalam pantun tetapi ia merupakan satu peringatan dan nasihat kepada golongan ini agar menjaga kehormatan dan tatasusila dalam lingkungan sosial mereka agar terpelihara jati diri dan akal budi.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: imej wanita, pantun Melayu, pantun kasih sayang, akal budi, Teori Relevans
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Nasir
Date Deposited: 12 Jul 2022 04:02
Last Modified: 11 Oct 2023 02:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38859

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item