Penyelidikan Konservasi Artifak Budaya Iban Dalam Muzium Sarawak

Gregory, Kiyai @ Keai (2022) Penyelidikan Konservasi Artifak Budaya Iban Dalam Muzium Sarawak. PhD thesis, University Malaysia Sarawak.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Gregory.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Artifak budaya masyarakat Iban adalah merupakan lambang dan citra identiti budaya masyarakat tersebut dalam bentuk intelektual dan aspirasi melalui kearifan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun untuk mengwujudkan manifestasi dalam kebudayaan, kesenian dan kepercayaan. Setiap artifak budaya yang disimpan dan dimiliki oleh masyarakat Iban mempunyai nilai yang sangat signifikan sehingga diklasfikasikan sebagai warisan dan pusaka. Walau bagaimanapun, kolonialisasi dan perubahan globalisasi telah mengubah corak pemikiran masyarakat Iban terhadap artifak budaya nenek moyang mereka, komuniti tersebut dilihat telah mengabaikan beberapa warisan nenek moyang. Oleh itu, melalui penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkonservasi semula budaya benda milik masyarakat Iban yang terdapat dalam Muzium Sarawak. Perolehan dan pemilikan koleksi artifak-artifak budaya Iban tersebut telah diperolehi sejak dari zaman Brooke sehinggalah kepada penyatuan Malaysia 1963 dan kini. Penyelidikan ini adalah berbentuk Etnografi yang memfokuskan kepada artifak budaya Iban dalam Muzium Sarawak. Kaedah penyelidikan adalah menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan proses pengumpulan data secara kerja lapangan, pemerhatian tidak turut serta, dokumentasi dan temubual. Hasil daripada penyelidikan ini telah berupaya mencipta sebuah model konservasi yang mengabungkan garis panduan muzium dan kebudayaan masyarakat. Tujuannya adalah untuk terus mengwujudkan nilai-nilai budaya dan estetika masyarakat Iban terus hidup dalam Muzium Sarawak. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini berupaya untuk melestarikan, mengarkibkan dan menjadi perintis kepada penyelidikan-penyelidikan berkaitan dengan artifak budaya peribumi di masa hadapan.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: Artifak Budaya, Identiti budaya, Konservasi, Muzium Sarawak, Masyarakat Iban,
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: GREGORY ANAK KIYAI @ KEAI
Date Deposited: 21 Jun 2022 04:18
Last Modified: 29 Mar 2023 05:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38695

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item