Kebudayaan ASEAN dalam Kandungan Animasi: Persamaan dan Potensi

Fythullah, Hamzah (2022) Kebudayaan ASEAN dalam Kandungan Animasi: Persamaan dan Potensi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
Fythullah Hamzah - 24 pgs.pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Fythullah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan hikayat sebagai penceritaan utama di dalam kandungan animasi ASEAN. Di peringkat antarabangsa, studio mega seperti Disney telah membuktikan bahawa cerita hikayat boleh diterjemahkan semula serta mendatangkan hasil yang lumayan. Sifat cerita hikayat yang sedia terkenal di dalam masyarakat menjadikan ia mudah diterima dalam bentuk animasi. Hikayat dan Legenda sentiasa menjadi rujukan utama dalam pembangunan serta penceritaan animasi. Siri filem Disney Studio memaparkan rentetan hikayat Eropah seperti ‘Snow White and the Seven Dwarfs (1934), Cinderella (1950), Alice in Wonderland (1951) serta hikayat yang merujuk hikayat dari ASIA seperti Mulan (1998), Aladdin (1992). Studio saingan seperti Dreamwork juga mengadaptasi hikayat kepada animasi seperti ‘Sinbad: Legend of the Seven Seas (2003)’ serta Fox Animation Studios ‘Anastasia (1997)’. Adaptasi serta penceritaan semula hikayat dalam bentuk animasi dilihat sebagai satu formula yang berkesan bagi melariskan sesebuah filem. Perkara ini juga dapat dilihat di negara ASEAN, di mana adaptasi hikayat menjadi bahan tulisan yang popular untuk skrip animasi. Ini dapat di buktikan dari siri animasi Malaysia ‘Sang Kancil dan Monyet (1987) berdasarkan Hikayat Sang Kancil’ (Hassan Muthalib). Filem animasi Thailand ‘The Adventure of Sudsakorn (1976)’ berdasarkan hikayat ‘Phra Aphai Mani’ (Payut Ngaokrachang) serta siri animasi Vietnam ‘Đáng đời thằng Cáo (1959)’ yang juga dipetik daripada cerita rakyat. Fenomena ini perlu dilihat daripada konteks yang lebih besar. Sebagai contoh, di antara studio terawal di rantau ASEAN ditubuhkan di Vietnam pada tahun 1955. Selepas penghijrahan beberapa animator ke USSR di lewat 50an untuk meneruskan pembelajaran di Soyzmultfilm studio, kerajaan tempatan telah menubuhkan sebuah produksi filem ‘Hanoi Cartoon Studio’. Walaupun dilatih di USSR, studio ini masih menjadikan hikayat serta legenda sebagai konteks utama animasi. Perkara ini mengukuhkan lagi fakta bahawa hikayat merupakan subjek utama penulisan skrip pada era tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2022.
Uncontrolled Keywords: Hikayat, ASEAN, animasi.
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: FYTHULLAH HAMZAH
Date Deposited: 18 Mar 2022 02:24
Last Modified: 13 Mar 2023 08:38
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38111

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item