Kebimbangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar di Sarawak Terhadap Pembelajaran Matematik: Penglibatan Ibu Bapa dan Medium Pengajaran

Wan Sofiah, Meor Osman and Wan Robiah, Meor Osman and Nur Fatihah, Mat Yusoff and Farida, Abdul Halim (2021) Kebimbangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar di Sarawak Terhadap Pembelajaran Matematik: Penglibatan Ibu Bapa dan Medium Pengajaran. In: International Conference on Language Studies iCLS2021, 8-9 Sept 2021, UNIMAS.

[img] PDF
iCLS2021_proceedings_v4_uploaded_7Sept2021.pdf

Download (625kB)
Official URL: http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/inde...

Abstract

Pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh aspek luaran, iaitu sokongan pembelajaran dan persekitaran seperti kemudahan asas, peranan ibu bapa dan guru, dan aspek dalaman seperti keupayaan intelektual, daya pemahaman dan penguasaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kebimbangan pelajar sekolah rendah luar bandar di Sarawak terhadap pembelajaran matematik. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu, penglibatan ibu bapa dan medium pengajaran. Data temu bual bersemuka daripada tujuh kumpulan sasaran pelajar sekolah rendah luar bandar di Simunjan dan Serian telah ditranskripsi dan dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Penyelidikan berdasarkan kajian kes ini menunjukkan bahawa kebimbangan pelajar terhadap pembelajaran matematik dipengaruhi oleh usaha ibubapa dan aspirasi pendidikan; sokongan pembelajaran; sokongan persekitaran dan bahasa sebagai medium utama dalam pengajaran di sekolah. Menerusi dapatan ini juga dapat dirumuskan bahawa kebimbangan pelajar dapat dikurangkan dengan penglibatan ibu bapa. Di samping itu, penyampaian pengajaran Matematik dalam bahasa Melayu menjadi pilihan pelajar pelbagai etnik kerana ia dapat mengurangkan kebimbangan mereka. Kajian ini memberi implikasi kepada strategi ibu bapa di rumah dan pendekatan guru di sekolah melalui medium pengajaran yang digunakan untuk mengurangkan kebimbangan pelajar pelbagai etnik dalam mata pelajaran Matematik. Kata kunci: Kebimbangan matematik; sekolah rendah; sekolah luar bandar; penglibatan ibu bapa; medium pengajaran

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Mathematics Anxiety; Parent involvement; Mathematics Achievement
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Mat Yusoff
Date Deposited: 27 Jan 2022 07:45
Last Modified: 27 Jan 2022 07:45
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37814

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item