Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam di Kuching, Sarawak

Wan Robiah, Meor Osman and Hamidah, Abdul Wahab and Remmy, Gedat and Rosnah, Mustafa and Siti Marina, Kamil and Rusmadi, Baharuddin (2021) Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam di Kuching, Sarawak. In: 3rd International Conference on Language Studies 2021, 8-9 September 2021, Online.

[img] PDF
Hamidah.pdf

Download (1MB)

Abstract

Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam perundangan negara. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam pelbagai konteks kebahasaan sememangnya dituntut, sejajar dengan status dan kedudukannya sebagai bahasa inklusif. Sehubungan itu, kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan (BK) di papan-papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kajian ini juga memanfaatkan maklum balas daripada 531 orang responden menerusi soal selidik menggunakan Google Form yang terdiri daripada lima aspek, iaitu (i) penguatkuasaan; (ii) kesetiaan bahasa; (iii) kebanggaan bahasa; (iv) norma bahasa; dan (v) iltizam (hasrat/harapan). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan BK bagi kedua-dua PBT, iaitu DBKU dan MBKS bagi kategori premis perniagaan, kain rentang dan gegantung adalah rendah dan kurang memuaskan. Dari segi sikap masyarakat terhadap BK, dapatan menunjukkan kebanyakan responden menyokong pemartabatan BK dalam paparan awam menerusi kelima-lima aspek yang diteliti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur mempunyai persetujuan yang tinggi terhadap kepentingan memartabatkan BK di Bandaraya Kuching. Sokongan ini menunjukkan perasaan cinta masyarakat terhadap BK yang menjadi identiti dan jati diri rakyat Malaysia.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Kebangsaan; tahap penggunaan bahasa; sikap; kebanggaan; kesetiaan; norma bahasa
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 14 Dec 2021 04:13
Last Modified: 13 Oct 2023 07:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37154

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item