Hantaran Bahasa Melayu yang Tular di Facebook: Analisis dari Aspek Kandungan dan Atribut Linguistik

Chuah, Kee Man and Niniefadzillea, Iswandi (2021) Hantaran Bahasa Melayu yang Tular di Facebook: Analisis dari Aspek Kandungan dan Atribut Linguistik. Jurnal Bahasa, 21 (2). pp. 217-240. ISSN 1511-9084

[img] PDF
linguistik2.pdf

Download (216kB)
Official URL: http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/issue/...

Abstract

Pertambahan pengguna Facebook yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menjadikan Facebook salah satu medium sumber maklumat utama dalam media sosial. Hantaran yang mendapat banyak perhatian dalam kalangan pengguna Facebook ini telah mencipta fenomena yang dikenali sebagai penularan, iaitu hantaran yang dikongsikan dengan puluhan ribu pengguna dalam tempoh masa yang singkat dan dengan cara yang lebih cepat berbanding media arus perdana. Kajian lepas telah meneliti hantaran yang tular dalam bidang perniagaan dan kebanyakan hantaran tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Kajian ini pula bertujuan untuk menganalisis hantaran bahasa Melayu di Facebook yang tular dari aspek kandungan dan struktur linguistik. Melalui kaedah analisis teks, kajian ini melibatkan 100 hantaran Facebook merangkumi pelbagai topik yang telah tular dengan saiz korpus kira-kira 10,000 patah perkataan. Kajian ini merakamkan kandungan dan atribut bahasa setiap hantaran dalam jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema utama kandungan hantaran yang tular berunsur nasihat yang berkaitan dengan topik keluarga. Bagi atribut linguistik pula, kekerapan penggunaan kata ganti nama diri adalah sangat tinggi dan dari segi gaya penulisan didapati bahawa penghujahan dan penceritaan ialah gaya penulisan yang paling popular dalam hantaran yang tular. Oleh itu, kajian ini memberikan input kepada penyedia kandungan yang bergiat aktif di media sosial untuk menghasilkan kandungan yang boleh menjangkau lebih ramai pengguna.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tular, hantaran bahasa Melayu, Facebook, analisis teks, linguistik
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Man
Date Deposited: 07 Dec 2021 01:36
Last Modified: 11 Oct 2023 02:52
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36966

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item