Analisis Ruangan Jenayah Harta Benda dan Kebimbangan Jenayah di Kuching, Sarawak

Norita, Jubit (2021) Analisis Ruangan Jenayah Harta Benda dan Kebimbangan Jenayah di Kuching, Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Norita anak Jubit.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ilmiah yang mengintegrasi teknologi maklumat ruangan dalam melihat hubungkait jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah belum dijalankan di Malaysia. Kajian di luar negara kebanyakannya menggunakan analisis corak ruangan. Penggunaan analisis deskriptif tidak dapat mengesan korelasi ruangan. Kajian ini menggunakan data ruangan iaitu peta jalan, data sempadan dan sektor balai polis yang diperoleh daripada ketua-ketua balai dalam bentuk gambar dan nama jalan. Pendigitan dilakukan menggunakan ArcMap 10.1 berpandukan data jalan bagi memudahkan persempadanan dibuat dengan tepat. Data bukan ruangan termasuklah kes jenayah harta benda (2015-2017), bulan, masa, jenis-jenis, alamat kejadian dan demografi mangsa jenayah harta benda yang diambil daripada Sistem Laporan Polis. Data soal selidik diperoleh menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Objektif kajian adalah (i) mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda, (ii) menganalisis tahap kebimbangan jenayah harta benda di kawasan hot spot dan cold spot (iii) menganalisis korelasi ruangan jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah. Kaedah yang digunakan adalah Getis Ord Gi*, Univariat, Ordinary least square, autokorelasi ruangan (Moran’s I) dan analisis R2. Penemuan menunjukkan kebanyakan kawasan hot spot jenayah harta benda dikesan berlaku dalam sempadan sektor Gita. Tahap kebimbangan jenayah harta benda tinggi di kawasan hot spot dan cold spot. Jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah menunjukkan hubungan linear positif dan signifikan pada paras 95%. Kajian ini memberi satu perspektif berlainan dalam kajian jenayah di Malaysia melalui gabungan aplikasi GIS dan kajian lapangan. Kajian ini membantu polis dalam membuat keputusan bagi mencegah jenayah harta benda dan kebimbangan secara ruangan.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (PhD.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2021.
Uncontrolled Keywords: Property crime, concerns, GIS, police station sectors, Getis Ord Gi*, OLS, Moran’s I, hot spots, spatial correlation.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: NORITA ANAK JUBIT
Date Deposited: 03 Oct 2021 06:04
Last Modified: 04 Apr 2023 07:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36255

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item