Sikap Bahasa dan Pemertahanan Identiti Komuniti Sempadan di Kampung Telok Melano, Malaysia dan Desa Temajuk, Indonesia: Satu Tinjauan Awal

Dilah, Tuah and CHONG, Shin (2021) Sikap Bahasa dan Pemertahanan Identiti Komuniti Sempadan di Kampung Telok Melano, Malaysia dan Desa Temajuk, Indonesia: Satu Tinjauan Awal. In: Proceedings of the 3rd International Conference on Language Studies 2021, 8 - 9 September 2021, Online.

[img] PDF
v4 (1).pdf

Download (657kB)
Official URL: http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/imag...

Abstract

Kajian ini meneliti sikap bahasa dan pemertahanan identiti komuniti sempadan di Kampung Telok Melano, Lundu (Sarawak, Malaysia) dan Desa Temajuk, Sambas (Kalimantan Barat, Indonesia). Objektif khusus kajian adalah untuk meninjau sikap bahasa dan penjelmaan identiti melalui bahasa, yang akhirnya membentuk dua identiti yang berbeza. Pengumpulan data kajian berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui rakaman perbualan, wawancara dan pemerhatian ikut serta. Dalam kajian awal ini, seramai 12 orang informan iaitu 6 orang dari Kampung Telok Melano dan 6 orang dari Desa Temajuk telah dipilih berdasarkan kaedah pensampelan kuota. Soalan wawancara dirangka mengikut beberapa domain daripada tiga ciri sikap bahasa yang dikemukakan oleh Garvin & Mathiot (1968) iaitu kesetiaan bahasa, kebanggaan bahasa dan kesedaran akan norma bahasa. Dapatan kajian menunjukkan kesetiaan bahasa, kebanggaan bahasa dan kesedaran akan norma bahasa, khususnya terhadap bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan adalah tinggi dalam kalangan kedua-dua komuniti yang dikaji. Dari aspek pemertahanan identiti, kajian mendapati masyarakat di Kampung Telok Melano yang asalnya beridentitikan ‘Melayu Sambas’, telah beralih menjadi ‘Melayu Sarawak’ sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kajian awal ini telah menyediakan asas penyelidikan untuk kajian lanjutan pada masa hadapan berkaitan dengan isu bahasa dan identiti masyarakat sempadan di bahagian barat daya Sarawak.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: sikap bahasa, identiti, komuniti sempadan, sosiolinguistik, Telok Melano, Temajuk, UNIMAS, University, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 08 Sep 2021 06:55
Last Modified: 08 Sep 2021 06:55
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36042

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item