FONOLOGI BAHASA KEDAYAN DI SIBUTI, MIRI

NABILAH SYAZWANI, NORASMAN (2021) FONOLOGI BAHASA KEDAYAN DI SIBUTI, MIRI. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Nabilah Syazwani.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti sistem fonologi bahasa Kedayan yang dituturkan di Sibuti, Miri. Komuniti bahasa ini boleh juga diperolehi di Brunei, Sabah dan Labuan. Setakat ini, belum ada kajian fonologi bahasa ini dijalankan di Sarawak. Kajian bahasa Kedayan tertumpu kepada varian yang dituturkan di Brunei dan Sabah meskipun tidak menyeluruh. Justeru itu, kajian di Sibuti ini bertujuan untuk memenuhi kelompangan ini. Bahasa Kedayan terangkum dalam keluarga bahasa Malayik, maka dapatan kajian ini akan menyumbang kepada penambahan ilmu tentang bahasa Kedayan dan keluarga bahasa Malayik, serta bermanfaat dalam bidang linguistik sejarawi. Data kajian diperoleh daripada lima informan daripada tiga kampung yang berbeza, dan dianalisis menggunakan kerangka Fonologi Struktural Pike (1947). Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang agak ketara di antara ketiga-tiga varian Kedayan tersebut. Dapatan menunjukkan bahasa Kedayan Sibuti berkongsi ciri sistem tiga vokal dengan bahasa Kedayan Brunei tetapi terdapat satu perbezaan konsonan di antara dua varian ini. Manakala, bahasa Kedayan di Sabah mempunyai sistem 6-vokal. Walaupun varian Sabah dan varian Sibuti memiliki jumlah konsonan yang sama iaitu 18 konsonan, namun terdapat perbezaan satu fonem di antara keduanya. Varian Sabah mempunyai hentian glottal /Ɂ/ manakala varian Sarawak mempunyai alveolar flap /r/. Kedua-dua fonem ini tidak terdapat dalam varian Brunei. Dari segi struktur suku kata, terdapat lima pola utama: V, VK, KV, KVV dan KVK. Kata pula wujud dalam bentuk monosilabik, dwisilabik dan trisilabik, tetapi sebahagian besar kata akar dalam jenis kata utama dalam bahasa ini wujud dalam bentuk dwisilabik yang juga merupakan ciri utama bahasa-bahasa Austronesia.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2021.
Uncontrolled Keywords: The Kedayan language, structural phonology, Malayic language group, Borneo.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language & Communication
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language & Communication
Depositing User: NABILAH SYAZWANI BINTI NORASMAN
Date Deposited: 23 Jul 2021 08:50
Last Modified: 17 Apr 2023 07:55
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35666

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item