Skip to main content
THE BENDABOLEHBINCANG SHOW

THE BENDABOLEHBINCANG SHOW

By Faizal Mukhtar
Welcome to the Official Faizal Mukhtar Podcast Channel!

MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR
Contact: faizalmukhtar@gmail.com
URL: www.kedaikomikonline.com 🇲🇾


Listen on
Where to listen
Apple Podcasts Logo

Apple Podcasts

Breaker Logo

Breaker

Google Podcasts Logo

Google Podcasts

Overcast Logo

Overcast

Pocket Casts Logo

Pocket Casts

RadioPublic Logo

RadioPublic

Spotify Logo

Spotify

Currently playing episode

Ep. 42 // Mitos Kosmologi Nusantara!

THE BENDABOLEHBINCANG SHOW

Ep. 42 // Mitos Kosmologi Nusantara!

THE BENDABOLEHBINCANG SHOW

1x
Ep. 60 // The One and Only, Jazmi Jamal!
Berbicara tentang panel podcaster kita pada kali ini, kami mohon anda letakkan segala logik, prejudis malahan sentimen anda tentang masa depan dunia ke tepi. Beliau adalah manusia yang paling ortodoks dan anti-ortodoks dalam masa yang sama. Atau mungkin sahaja tanggapan kami ini terlalu sederhana buat beliau yang pernah berimpian menjadi seorang ustaz, pilot dan penyanyi metal satu tika dulu.  Tuan-tuan dan Puan-puan, kami persembahkan Jazmi Jamal!
51:13
May 18, 2021
Ep. 59 // Forum Hal Ehwal Raya Pikepi Datang Lagi! (PART 1)
Sidang Dewan Rakyat dan Parlimen mungkin digantung akibat darurat pandemik. Maka ini pula tidaklah bermakna sama sekali sesi serta rundingan terbuka di kalangan masyarakat langsung sepi seribu bahasa terutama sekali di musim Hari Raya. Sama ada anda seorang yang lantang bersuara sebagai netizen berwibawa atau asyik ada sahaja benda yang tidak puas hati untuk disuarakan, tiga panel yang dijemput dalam podcast ini berkemungkinan adalah wakil jelmaan anda semua yang wajar diikuti!
01:00:11
May 16, 2021
Ep. 58 // Semangat Syawal Luar Biasa di Bumi Gaza!
Tanah Palestin kembali bergolak dan bergegar hebat. Hari demi hari, laporan yang kita dengar begitu dahsyat serta sarat emosi untuk didiamkan sebegitu sahaja. Episod khas kali ini membicarakan keadaan semasa tersebut bersama koresponden bertugas, Tuan Syafiq Zulakifli.
01:03:37
May 15, 2021
Ep. 57 // Takbir Raya Special Syawal 1442!
Feat. Abang Blogger Upahan!
01:37
May 13, 2021
Ep. 56 // Ada Apa dengan M.Nasir?
Hari ini kita berbicara secara ringkas tentang sisi seorang seniman yang sudah serasi bergelar Sifu. Namanya masyhur sebagai seorang pengkarya hebat yang membelah zaman dan waktu. Ikuti analisis M.Nasir bersama pengulas anda, Faizal Mukhtar dan Fadhil Zubir!
23:06
May 9, 2021
Ep. 55 // European Super League Crisis!
Just listen to this goddman podcast. 'NUFF SAID!
09:50
April 22, 2021
Ep. 54 // Meet The Amanz Bad Boyz!
Di sebalik kemasyhuran sebuah portal tech paling popular berbahasa ibunda kesukaan ramai, wujud indvidu-individu terpilih yang menggerakkannya dari tahap cult sehinggalah mainstream sehingga sukses kini. Tetapi berapa ramaikah di antara kita tahu cerita rahsia dan sejarah di sebalik sosok mereka yang sebenar? Mari terjah sisi tersebut yang belum pernah didendangkan bersama hos podcast paling berani di mayapada ini! 
40:41
April 21, 2021
Ep. 53 // Wawancara Eksklusif bersama Aadi Salman!
Status beliau sebagai seorang seniman kreatif yang berkelana jauh ke bumi asing Montreal, Kanada dengan bersenjatakan bakat luar biasa di Ubisoft kala ini merupakan satu perjalanan panjang. Mula dikenali ramai dengan karya-karya hebat di Urban Comics dan terus mantap melangkah ke tahap internasional dengan komik terbitan IDW, pastinya ada banyak cerita menarik yang ingin dikongsikan oleh insan bernama Adijin aka Aadi Salman!
48:17
April 8, 2021
Ep. 52 // Memperkenalkan Aishah!
Pencarian podcaster baharu untuk musim baharu podcast ini telah sampai ke kemuncaknya. Selepas saringan demi saringan, akhirnya kita menemukan barisan finalis yang bakal merancakkan lagi saluran siaran sukaramai yang sedang anda ikuti sekarang. Jom berkenalan dengan finalis sulung bakal podcaster residen kita, Aishah!
46:09
April 6, 2021
Ep. 51 // Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar!
Hari ini di mana-mana kita pergi semua orang tengah asyik dan sibuk layan basikal. Road bike. Mountain bike. Folding Bike. Bermacam lagi jenis bike la senang cakap. Tapi tahukan anda pada zaman dahulu kala ada seorang Panglima Bike yang kini masih gagah beraksi dan jarang didendangkan perlu kita dengarkan hikayat ceritanya. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar 
01:05:34
March 30, 2021
Ep. 50 // The Great Showman, Alif Firdaus Azis!
Sebelum wujudnya istilah vlogger, influencer dan segala macam lingo bingo siber sosmed kala ini.. beliau terlebih dulu telah menggamit dunia dengan hiburan dan jenakanya tersendiri secara maya. Jarang leluconnya tidak lucu. Malah terselit pula rahsia pesanan dan pediman. Hari ini kita berbual mesra bersama seorang idola yang kini meniti nama ke tahap antarabangsa, Alif Firdaus Azis!
50:15
February 26, 2021
Ep. 49 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 25.2.21
Selamat datang ke segmen sembang bola sukaramai, ApaBola. Kali ini kita akan bercerita tentang pelancaran jersi baharu pasukan bola sepak JDT untuk Musim 2021 termasuk pelbagai selingan menarik seperti logo rasmi Perak FC, isu gaji pemain dan pegawai serta banyak lagi isu panas sepanjang minggu bersama pengulas tetap, Faizal & Fadhil!
45:06
February 25, 2021
Ep. 48 // Master Multitasker, RJ!
Sebut sahaja nama Raja Shahfaizal Bin Raja Khairudin sudah cukup mendatangkan rasa hormat yang terpendam dalam diri pengacara podcaster program ini. Kesungguhan dan komitmen beliau dalam memakmurkan industri diceburi memang cukup prolifik. Ini termasuk minatnya yang amat sangat mendalam dalam dunia kartun dan komik kebangsaan sejak dari dulu, kini dan selamanya!
34:43
February 24, 2021
Ep. 47 // Presiden ANIMAS, Ameir Hamzah!
Beliau memulakan perjalanan hidup sebarang seorang pejuang industri tanahair daripada cerita yang tidak disangka-sangka. Diberi peluang untuk berkhidmat di sebuah konglomerat minyak dan gas bertaraf gergasi di dunia tetapi dipilih pula jalan kartun dan animasi. Ikuti perkongsian, pendedahan dan pengalaman sebenar yang SUPER EKSKLUSIF bersama Tuan Ameir Hamzah Hashim!
53:01
February 18, 2021
Ep. 46 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 11.2.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!
24:51
February 11, 2021
Ep. 45 // RAW INTERVIEW AZIZ M. OSMAN!
UNCUT! UNEDITED! UNABRIDGED! UNPLUGGED! 100% TANPA SUNTINGAN YANG MEMANG DISENGAJAKAN!! Inilah wawancara eksklusif bersama dengan penglipur lara pujaan teruna dan dara, Tuan Direktor Aziz M. Osman 
01:05:51
February 8, 2021
Ep. 44 // Legenda Bruce Lee!
Lee Jun-Fan atau nama sebenarnya Bruce Lee adalah satu nama yang cukup besar serta dikenali ramai sebagai seorang artis seni mempertahankan diri, pelakon, pengarah, penulis, pengasas Jeen Kune Do dan filosofer bertauliah malah berpengaruh serantero dunia. Hari ini kita membincangkan sosok seorang legenda tersebut bersama podcaster tetap kita, Niezam!
50:52
February 7, 2021
Ep. 43 // Kenapa Baca Komik?
Ramai di antara kita suka membeli, membaca, mengumpul dan melayan komik dengan alasan serta tujuan tertentu. Ada yang menjadikannya koleksi peribadi untuk kepuasan sendiri. Ada pula yang menyimpannya sebagai aset dan komoditi saham masa hadapan. Mari kita berikan tumpuan perkongsian menarik ini dalam episod crossover #kedaikomikonline bersama panel podcaster, Miharu!
37:46
February 6, 2021
Ep. 42 // Mitos Kosmologi Nusantara!
Episod podcast hari ini kita bersama Dr. Azaini Manaf dengan cerita serba kondusif pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang komik serta animasi di Malaysia malah antarabangsa di mana banyak terkandung unsur mitos, hikayat dan legenda nusantara yang terlalu kaya lagi perkasa!
32:58
February 4, 2021
Ep. 41 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 3.2.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak kali ini menganalisa logo-logo baharu untuk Liga Malaysia 2021 serta jersi utama Selangor FC menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!
42:57
February 3, 2021
Ep. 40 // Khurafat Klien!
Untuk freelancer atau sesiapa sahaja yang biasa berhadapan dengan segolongan klien, sudah pasti mempunyai pengalaman ngeri dan menakutkan. Sehingga ada menjangkaui tahap tahyul malah betapa khurafatnya permintaan-permintaan mereka. Episod hari ini mendedahkan rahsia mistik itu bersama Sahibus Samahah, Tuan Alip Md. Nor! 
30:58
February 2, 2021
Ep. 39 // Fenomena Shopping Online!
Dengan keadaan dunia semasa semakin pantas dengan terlalu banyak kemahuan berbanding keperluan, pembelian atau berbelanja secara online merupakan satu kelaziman kini. Adakah ia sesuatu yang baik atau bakal mendatangkan mudarat? Panel podcaster kita hari ini berkongsi sudut pandang beliau!
53:08
February 1, 2021
Ep. 38 // All Hail, Fariz Abdullah!
Berkemungkinan besar perintis dan pelopor kepada beberapa naskah projek yang mendahului zamannya, podcaster undangan khas kali ini terlalu memahami konsep 'diam-diam ubi berisi'. Gagal bukan satu opsyen. Yang penting jalan terus. Semuanya dibongkar SECARA EKSKLUSIF bersama Fariz Abdullah! 
39:34
January 31, 2021
Ep. 37 // Bro Bophairy!
Sesi wawancara eksklusif hari ini membawakan kita ke ruangan hidup seorang kartunis, seorang vlogger, seorang editor, seorang pengkarya sepenuh masa yang cukup popular menerusi Saga Ultra Qalif dan kini sibuk mempersiapkan majalah terbaharu berjudul Fantasia untuk dinikmati ramai!
48:20
January 29, 2021
Ep. 36 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 28.1.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil!
32:24
January 28, 2021
Ep. 35 // Blogger Serius, Obe!
Ramai orang pernah dengar tentang Blog Serius. Ramai orang juga pernah baca dan tonton review beliau di Amanz. Namun hari ini kita nak cerita tentang sejarah beliau. Sejarah terang dan sejarah gelap. Sejarah yang tidak pernah didendangkan sendiri oleh Obe!
51:21
January 27, 2021
Ep. 34 // Kena Reject!
Siapa dalam hidup tidak pernah kena reject, maka dia bukanlah manusia yang sempurna. Pengalaman kena reject ini hadir pelbagai rupa dan cerita. Ada cerita sedih. Ada cerita pedih. Ada cerita yang jenis kita boleh bawa bincang bersama podcaster undangan kita, Ahmad Fuad!
18:08
January 26, 2021
Ep. 33 // Idea & Mood: Ada Di Mana?
Secara sedar atau tidak sedar, idea sebenarnya ada di dalam dan sekeliling kita. Begitu juga dengan mood dan emosi tatkala ingin berkarya. Episod hari ini menyingkap rahsia di sebalik inspirasi, ilham serta ideologi kendiri bersama podcaster tetap, Niezam!
41:11
January 25, 2021
Ep. 32 // Apa nak jadi dengan MCU sekarang?
Selepas tumbangnya Thanos dan tamatnya Avengers: Endgame, ramai yang agak tidak keruan menanti fasa seterusnya dalam perjalanan cerita Semesta Sinematik Marvel (MCU). Hos anda, Faizal Mukhtar dan Zack selaku pengulas bersama cuba meluahkan keresahan ini!
42:06
January 24, 2021
Ep. 31 // Bro Biar Betul Dude, Hakimin Zahid!
Sebelum beliau muncul sebagai pengasas channel 'Biar Betul Dude', sebelum beliau menjadi Art Director di sebuah agensi pengiklanan ternama tempatan, sebelum beliau menjadi kolektor dan klan Kedai Komik Online terawal -- siapa pernah menyangka yang podcaster undangan kita kali ini terlalu banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa. Hakimin Zahid hari ini mendedahkan kesemuanya!
01:00:05
January 23, 2021
Ep. 30 // Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli!
Jiwa kembaranya merah menyala. Darah dan denyut nadi melahar mencari ilmu dan pengalaman wibawa. Masih terus meneroka serta memburu apa yang ada. Menongkah arus cabaran di setiap penjuru dan antero bumi ini. Kita bangga dalam episod hari ini dapat bersama Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli!
52:30
January 22, 2021
Ep. 29 // Editor Konten, Zurien Onn!
Anda pernah dengar reporter interview reporter? Pernah dengar peribahasa 'buku bertemu ruas'? Pernah dengar interview padu dengan seorang editor penerbitan yang sebegitu luas pengalamannya sehingga ke tahap berani muncul dalam episod pada hari ini?! Semua ini bakal terjawab bersama tetamu undangan khas kita, Zurien Onn!
36:58
January 21, 2021
Ep. 28 // Road to Old Trafford!
Sebagai peminat bola sepak sejati sudah pastinya akan menjadi satu impian untuk menjejakkan kaki ke stadium keramat pasukan pujaan masing-masing. Ini adalah cerita tentang impian yang sudah tercapai. Ini adalah cerita Road to Old Trafford bersama Fadhil Zubir! 
53:55
January 20, 2021
Ep. 27 // Cerita Tentang Freelance!
Persepsi dan perspektif seorang freelancer adalah berbeza-beza berdasarkan portfolio serta pengalaman yang mereka raih. Ada yang bertahan. Ada yang kecundang. Ada yang bagus. Ada yang hangus. Ada pula yang mempunyai cerita tersendiri sepertimana dikongsikan oleh ilustrator sepenuh masa Niezam!
20:58
January 19, 2021
Ep. 26 // Akar Digital: Visi & Misi 2021!
Sebagai pelopor kepada gagasan Minda Akhirat dan Orang Kuat Mesti Menang, podcaster terbaharu kita pada episod kali ini Fadlishah Rusli dari Akar Digital membawa kita jauh menerobos prospek serta potensi besar menjadi insan budiman dengan 'mindset' baik-baik belaka di kala dunia keras diasak pelbagai pancaroba semasa!
57:14
January 18, 2021
Ep. 25 // Review: Batman, Soul of the Dragon (2021)
Ini merupakah filem animasi keluaran DC/Warner Bros. Animation yang ke-40 serta sarat dengan aksi dan elemen 70an melampau. Tidak cukup dengan itu, sekiranya anda seorang fanatik Bruce Lee dan James Bond era Kung-Fu 'funk' semestinya naskah terbaru yang bakal direview ini adalah makanan anda. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar!
14:31
January 17, 2021
Ep. 24 // Miharu Bercakap Tentang Lelaki!
Yup. Hari ini kita tidak akan bercakap atau berbicara soal komik, filem, game atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Tetapi pada hari ini panel anchor podcaster kita bakal membongkar kisah serta cerita menarik tentang insan bernama lelaki, semua secara eksklusif oleh Miharu sendiri!
31:12
January 16, 2021
Ep. 23 // Aktor Suara, Azman Zulkiply!
Ikuti wawancara super eksklusif bersama bakat besar 'Made in Malaysia' yang cukup popular dengan lakon suara luar biasanya menerusi BoboiBoy, Ejen Ali, Didi & Friends dan banyak lagi siri animasi, iklan komersial, permainan video hebat lain iaitu Azman Zulkiply!
57:58
January 15, 2021
Ep. 22 // Tanyalah Gayour! (Tak Jadi Kartunis, Jadi Apa?)
Disebabkan masih lagi belum ada yang memberanikan diri atau menanyakan sebarang soalan kepada beliau, maka kita tanyalah satu soalan yang mana ramai juga ingin tahu dan mengetahui: Andai kata Gayour tidak ditakdirkan menjadi seorang kartunis, apakah kerjaya pilihan lain yang bakal mencorakkan laluan multiversenya itu?
24:14
January 14, 2021
Ep. 21 // Monetize: Yes or No?
Di antara kita ada yang mencipta serta menghasilkan konten dengan tujuan memperolehi hasil kewangan seperti upah, penajaan dan sebagainya. Hari ini kita berbual santai dengan seorang individu yang bisa merungkai topik ini dengan hemah daripada Elyzian Interactive, Tuan Ferdy Fauzi!
15:07
January 13, 2021
Ep. 20 // Komik Media Seni!
Satu ketika dulu pernah wujud satu zaman yang mana tidak ada internet, tidak ada media sosial dan tidak ada langsung sumber digital serta elektronik melainkan cetakan naskah komik fizikal untuk dibeli, dibaca dan dilayan 100%. Zaman itu hadir bersama Komik Media Seni yang majoriti generasi komik sekarang tidak mengetahuinya bersama podcaster tetap, Saudara Encik Tuan Niezam!
17:24
January 10, 2021
Ep. 19 // Kenapa Sambung Master/PHD. ?
Ada yang sambung pengajian ke peringkat Master dan PHD. dengan alasan, halatuju dan komitmen yang tertentu. Rata-rata memberikan jawapan serta pencerahan berbeza. Ini termasuk juga seperti diberikan tetamu undangan episod terbaharu kita, Ahmad Fuad!
21:13
January 9, 2021
Ep. 18 // KinoCinema: Visi & Misi 2021!
Mahadzir Hanafiah adalah seorang visionaris dan futuris praktikal yang senantiasa meneroka dimensi, inovasi serta revolusi dalam industri kreatif terutama sekali dalam lapangan produksi. Mari kita dengar apakah gagasan beliau untuk tahun 2021 yang mendatang ini! 
49:56
January 7, 2021
Ep. 17 // Tanyalah Gayour! (Seorang Kolektor Komik?)
Sejak bertahun-tahun lamanya, kita mengenali beliau sebagai seorang kartunis. Tetapi tahukah anda pernah wujud satu zaman yang digelapkan oleh sejarah di mana Gayour pernah menjadi seorang kolektor komik sebegitu sungguh sangat amat dahsyat serta rakus sekali dari mana-mana kolektor komik yang pernah terwujud seantero alam fana ini?! 
19:59
January 6, 2021
Ep. 16 // Cerita Mamak!
Semua orang lepak mamak. Semua orang kenal mamak. Semua orang suka mamak. Tetapi berapa ramaikah di antara kita punya cerita dan mitos yang sungguh mendalam sepertimana diceritakan oleh podcaster undangan kita, Kartunis Desa!
23:04
January 5, 2021
Ep. 15 // Digital vs. Manual: Mana Lagi Ekselen!?
Isu ini merupakan sesuatu yang sewajarnya berakhir pada hari pertama ia diusulkan sejak sekian lama. Namun begitu, perdebatan tentang mana lagi ekselen di antara digital atau manual masih lagi berlegar serata alam sehingga kini. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian hipotesis Niezam dalam episod kali ini terutamanya yang membabitkan ikan dan Herman Tino!
20:53
January 4, 2021
Ep. 14 // Padil & PingPong!
Apakah yang membuatkan seseorang itu begitu tertaksub dengan PingPong sehinggakan pagi petang siang malam bercerita pasal PingPong malah beli dan kumpul komik PingPong yang jarang-jarang kita dengar sebelum ini, hanya Padil PingPong yang tahu!
14:09
January 3, 2021
Ep. 13 // Hafiz, The Comic Book Guy!
Over the past 20 years, this dude has been in and out and in for the game again and again countless times. From Jim Lee to Joe Mad to Jon Hickman.. this ultimate and uncanny X-Men fan turn comic shop guy will finally reveal his secret origins for the world to bare witness once and for all!
19:31
January 2, 2021
Ep. 12 // Azam, Agenda dan Anda!
Untuk episod khas sulung sempena ketibaan tahun baharu 2021, kita telah menjemput dua panel pakar daripada Elyzian Interactive, Ferdy Fauzi dan Alip Md. Nor untuk membincangkan tentang definisi, pengisian dan pelaksanaan sesuatu yang bernama AZAM!
18:53
January 1, 2021
Ep. 11 // Tanyalah Gayour! (Asal Usul Nama Pena)
Hari ini kita memperkenalkan satu segmen baharu bersama dengan seorang anchor baharu yang bakal menjawab segala persoalan serta kemusykilan dari setiap sudut dan segala segi. Beliau yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Kartunis Gayour!
23:39
December 30, 2020
Ep. 10 // Eksklusif bersama Animas!
Ikuti wawancara khas bersama dengan Presiden dan Bendahari Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) yang dirakamkan secara langsung dan terus menerus dari dalam studio bergerak kami semasa hujan sedang turun dengan dinginnya sambil bersulamkan kejujuran tiada terperi lagi berpanjangan!
41:37
December 29, 2020
Ep. 09 // Review GV7 x Sepahtu Reunion Live 2020!
Ini amaran keras yang wajar diberikan kepada para pendengar dan pengikut setia The BendaBolehBincang Podcast Talk Show: Hampir 99.9% daripada konten untik episod terbaharu ini mengandungi punchline-punchline internal yang sukar dihadam. Jadi awas kerana risiko adalah di atas tanggungan sendiri dan bukan tanggungan podcaster undangan kami, Alip Md. Nor! 
35:53
December 28, 2020
Ep. 08 // Tuan Direktor, Esham Shahlin!
Namanya mungkin belum cukup dikenali ramai orang di luar sana. Namun hasil karya dan kerjanya sudah lama menular serta bakal menjadi prospek besar dalam industri kreatif terutama sekali dalam bidang pengiklanan di Malaysia ini. Dan sudah tentu sebelum menjadi popular, lebih baik kita wawancara beliau cepat-cepat kerana nanti susah pula nak set appoinment dan lock masa!
25:18
December 27, 2020
Ep. 07 // Sinema vs. Strim!
Ada yang kaki tengok filem di pawagam. Ada yang kaki layan cerita di platform strim menerusi peranti dan televisyen di rumah. Ada juga yang jenis tidak kisah kaki apa sekalipun asalkan mereka dapat mendengar episod podcast terbaharu ini bersama podcaster undangan, Niezam.   
19:46
December 26, 2020
Ep. 06 // Ariff Ridzuan x GilaPosterKL!
Sekejap seperti filsuf ternama. Sekejap seperti pelawak istana. Sekejap pula seperti sia-sia belaka. Tetapi yang ternampak zahirnya hanya seorang caretaker kedai mainan, namun hakikatnya apabila diselongkar serba sebanyak, podcaster undangan kita pada kali ini banyak berkongsi kisah suka-duka kehidupan yang melangkau jauh daripada itu semua! 
35:20
December 25, 2020
Ep. 05 // Kenapa Podcast, Bro?!
Jadi apakah sebenarnya kelebihan podcast jika hendak dibandinkan dengang saluran YouTube, Media Sosial atau plaform-platform yang lain. Di sini kita cuba membincangkan dan memberikan pencerahan agar terlerai segala kekusutan dan kemusykilan bersama podcaster undangan, Ferdy Fauzi.
25:40
December 24, 2020
December 24, 2020
00:19
December 24, 2020
Ep. 04 // Review: Wonder Woman 1984 (2020)
Marilah kita sama-sama mendengar serta mengikuti ulasan filem terbaharu dan terakhir sebagai penutup kalendar tahun 2020, sebuah naskah adaptasi superhero DC Comics yang menjadi pemecah rekod sejarah perfileman Hollywood, pawagam dunia sejagat malahan podcast ini. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar!
21:48
December 24, 2020
Ep. 03 // Marvel Studios: 2021 & Beyond!
Selepas Avengers: Endgame, ruang dan peluang untuk perkembangan Semesta Sinematik Marvel (MCU) kini semakin terbuka luas. Semuanya bakal kita bincangkan dalam episod kali ini bersama koresponden khas kami, Miharu.
36:46
December 22, 2020
Ep. 02 // Star Wars: 2021 & Beyond!
The Books of Boba Fett, Ahsoka, Andor, Lando, Rangers of the New Republic, The Bad Batch, The Acolyte, Droid, Visions, Rogue Squadron termasuk sebuah projek filem arahan Taika Waititi serta kembalinya Hayden Christensen sebagai Darth Vader dalam siri Obi-Wan Kenobi merupakan ledakan topik panas untuk episod kali ini bersama koresponden khas kami, Adam John.
25:14
December 22, 2020
Ep. 01 // Review Lengkap The Mandalorian (All Season)
Hikayat Star Wars terbaharu menerusi siri Disney+ baru sahaja selesai dengan penamat yang MAHA DAHSYAT. Ikuti ulasan dan analisis total Musim Pertama dan Kedua The Mandalorian bersama koresponden khas kami, Niezam Udin. NOTA KAKI: EPISOD INI TERKANDUNG BEBANAN DAN SARAT SPOILER. DENGAR ATAS RISIKO SENDIRI!
30:47
December 21, 2020
Intro. Episode // Miharu!
Miharu merupakan seorang peminat komik, game dan filem yang telah berjaya menjadikan obsesinya itu menjadi satu platform positif untuk berhubung, berkongsi dan bersama-sama memeriahkan arena tersebut buat kita semua.  The Benda Boleh Bincang Show™ dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami!
22:14
December 20, 2020
Intro. Episode // Adam John!
Nama Adam John kini semakin lama semakin dikenali. Daripada seorang fanboy dan aktivis hobi, beliau sekarang sudah menjangkau jauh lebih daripada itu sebagai seorang penyanyi, pelakon dan hari ini podcaster. The Benda Boleh Bincang Show dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami!
24:58
December 18, 2020