Pengaktifan Otak yang Disebabkan oleh Stimulus Penglihatan Pelbagai: Satu Kajian Rintis Menggunakan Analisis Kesan Malar ke Atas Subjek Sihat

Nurul Hanim, Nasaruddin and Ahmad Nazlim, Yusoff and Kaur, Sharanjeet (2015) Pengaktifan Otak yang Disebabkan oleh Stimulus Penglihatan Pelbagai: Satu Kajian Rintis Menggunakan Analisis Kesan Malar ke Atas Subjek Sihat. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13 (1). pp. 57-68. ISSN 2289-4535

[img] PDF
Pengaktifan Otak yang Disebabkan oleh Stimulus - Copy.pdf

Download (96kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/article/view/9471

Abstract

Keabnormalan okular mempunyai kesan ketara ke atas pengaktifan otak. Walau bagaimanapun, data pengimejan neuro mengenai ciri okular subjek sihat masih berkurangan untuk dibandingkan dengan data bagi pesakit yang mengalami patologi okular. Objektif kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek berbilang ini adalah untuk menyelidiki ciri pengaktifan otak subjek sihat apabila mereka melihat stimulus pelbagai bentuk, corak dan saiz,. Semasa imbasan fMRI, subjek memerhati stimulus cincin membesar, baji berputar, fl ip jam pasir/bow tie, arka kuadran dan corak dam penuh. Kesemua stimulus mempunyai unsur corak dam hitam-putih.Pemetaan statistik berparameter (SPM) digunakan dalam penjanaan pengaktifan otak melalui analisis kesan malar (FFX) dan konjunksi. Stimulus yang pelbagai bentuk, corak dan saiz menghasilkan pengaktifan otak yang berbeza dengan pengaktifan yang lebih banyak tertumpu di hemisfera kiri. Keputusan ini disokong oleh analisis konjunksi yang mendapati girus presentral, possentral, superior temporal dan oksipital kiri serta korteks singulat kiri terlibat semasa subjek melihat setiap stimulus penglihatan yang diberikan. Analisis pengaktifan pembezaan menunjukkan pengaktifan dengan kekhususan yang tinggi di kawasan oksipital akibat stimulus pelbagai bentuk, corak dan saiz. Pengaktifan pada girus temporal tengah kanan didapati lebih tinggi secara bererti untuk stimulus penglihatan bergerak berbanding dengan stimulus pegun.Ini mengesahkan penglibatan girus temporal tengah kanan dalam pemerhatian kepada pergerakan. Stimulus corak dam hitam-putih pelbagai bentuk, corak dan saiz, pegun dan juga bergerak didapati telah 1) mengaktifkan korteks penglihatan dan juga korteks lain di lobus temporal dan parietal, 2) menyebabkan ketaksimetrian kefungsian otak dan 3) menunjukkan ciri persepaduan kefungsian beberapa kawasan otak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: fMRI; SPM; stimulus penglihatan; girus oksipital; girus temporal tengah.
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RE Ophthalmology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Nasaruddin
Date Deposited: 01 Apr 2021 03:16
Last Modified: 01 Apr 2021 03:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34977

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item