ASIMILASI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KE DALAM BAHASA DUSUN LABUK, SABAH

FRIEDYREY JOEY, MUSTALIP (2018) ASIMILASI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KE DALAM BAHASA DUSUN LABUK, SABAH. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Friedyrey.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian penelitian tentang asimilasi bahasa selalunya memberikan tumpuan kepada bagaimana sesuatu perkataan diubah mengikut acuan penutur untuk menggunakannya. Asimilasi juga terkait dengan kajian-kajian perbandingan kosa kata berdasarkan senarai kata Swadesh yang sangat popular. Kajian Noriah Mohamed bersama Rohani Yusof (2004) sangat banyak menghuraikan tentang status perbandingan bahasa-bahasa tempatan di Sarawak. Kajian pada kali ini adalah untuk mengenal pasti asimilasi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Dusun Labuk, Sabah. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengetahui bagaimana fenomena mengasimilasikan bahasa luar terjadi kepada penututr bahasa tersebut, yang mana kebanyakkan maklum balas yang diterima adalah atas faktor-faktor suasana persekitaran dan sebagainya. Kajian juga tertumpu untuk menyenaraikan kosa kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang mengalami asimilasi. Ini menunjukkan 10 kosa kata yang diasimilasi daripada bahasa Melayu dan hanya 3 perkataan sahaja diasimilasi daripada bahasa Inggeris. Fokus juga diberikan kepada perkiraan peratus perkognatan kata antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap bahasa Dusun Labuk dengan menggunakan kaedah Leksikostatistik. Berdasarkan 100 kata swadesh didapati sebanyak 24% daripada senarai kata itu berkognat dengan bahasa Dusun Labuk, manakala bahasa Inggeris hanya menghasilkan sebanyak 3% perkognatan kata sahaja.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2018.
Uncontrolled Keywords: asimilasi, leksikostatistik, kosa kata, 100 kata Swadesh.
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 04 Mar 2021 08:38
Last Modified: 22 Mar 2023 03:37
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34698

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item