PANTUN MELAYU SARAWAK SEBAGAI WADAH PENERAPAN NILAI TANGGUNGJAWAB = SARAWAK MALAY PANTUN AS THE PLATFORM OF RESPONSIBILITY VALUE APPLICATION

Mohammad Syawal, Narawi and Nor Hasimah, Ismail and Lee, Jun Choi (2020) PANTUN MELAYU SARAWAK SEBAGAI WADAH PENERAPAN NILAI TANGGUNGJAWAB = SARAWAK MALAY PANTUN AS THE PLATFORM OF RESPONSIBILITY VALUE APPLICATION. International Journal of Humanities, Philosophy and Language (IJHPL), 3 (11). pp. 19-31. ISSN 2600-8270

[img] PDF
PANTUN MELAYU SARAWAK SEBAGAI WADAH PENERAPAN NILAI TANGGUNGJAWAB.pdf

Download (88kB)
Official URL: http://www.ijhpl.com

Abstract

Pantun dalam budaya bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulusekitar tahun 1960an. Kebiasaannya aktiviti ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis kenduri seperti majlis kenduri perkahwinan dan kenduri berkhatan yang diadakan di perkampungan masyarakat Melayu. Pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang ini berperanan sebagaimedium untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej tertentu kepada pendengar atau penonton. Arus perubahan globalisasi yang bergerak pantas antara penyebab aktiviti bermukun dan bergendang kurangdikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak. Fenomena ini memungkinkan aktiviti ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu. Menyedari akan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti budaya bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak berupaya dilestarikan sebagai wadah untuk menerapkan nilai tanggungjawab. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi.Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa budaya bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak bukan sahaja sebagai hiburan santai tetapi turut menerapkan nilai tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Tanggungjawab berkenaan bukan sekadar terhadap kepentingan sendiri tetapi merangkumi tanggungjawab membantu orang lain, tanggungjawab menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Kajian tentangwarisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini diharap dapat didokumentasikan agar warisan budaya ini tidak lenyap ditelan zaman.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bermukun, Bergendang, Masyarakat Melayu Sarawak, Majlis Perkahwinan, Majlis Berkhatan, Sarawak Malay Society, Wedding Ceremony, Circumcision Ceremony, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 30 Sep 2020 05:31
Last Modified: 30 Sep 2020 06:09
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/32052

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item