ISU ISTILAH, KATA DAN DIKSI DALAM BERBAHASA

Roslan, Ali (2015) ISU ISTILAH, KATA DAN DIKSI DALAM BERBAHASA. Issues in Language Studies, 4 (1). pp. 38-45.

[img] PDF
ISU ISTILAH, KATA DAN DIKSI DALAM BERBAHASA.pdf

Download (575kB)
Official URL: http://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/artic...

Abstract

Ramai yang melihat “istilah” dan “kata” sebagai suatu perkara yang sama. Padahal, kedua-duanya berbeza antara satu sama lain. Lebih menghairankan lagi, ada pengguna bahasa yang menggunakan istilah bahasa dan diksi (pemilihan kata) yang salah tanpa ada perasaan malu sedikitpun. Selain itu, ada juga yang suka menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan bahasa Inggeris kerana mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat komunikasi dan ilmu. Pengaruh dan proses peminjaman bahasa asing ke bahasa Melayu juga menjadi salah satu faktor penyebab kurangnya penggunaan kata-kata asli bahasa Melayu dalam berbahasa. Akibatnya, kata-kata jati tersebut semakin dilupai dan mungkin tidak akan diketahui maknanya nanti oleh generasi akan datang. Kalau itu yang terjadi, benarlah peribahasa yang berbunyi ‘hilang bahasa, lenyaplah bangsa’. Peribahasa ini menunjukkan bahasa perlu disanjung dan tidak dipinggirkan demi menjaga maruah sesuatu bangsa. Dalam konteks bahasa Melayu, kita rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga sekiranya kita dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan tepat tanpa bercampur aduk dengan bahasa lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Istilah, Kata, Diksi, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 22 Sep 2020 03:00
Last Modified: 02 Nov 2023 07:03
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/31895

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item