Body Enclosure for Corpse

Saiful Bahri, Hj Mohd Yusoff and Saiful Hairi, Bin Othman and Hamdi, M. M. (2019) Body Enclosure for Corpse. [Video] (Unpublished)

[img] Video
Body Enclosure for Corpse.mp4

Download (15MB)

Abstract

Penghasilan video BEC memaparkan penyelidikan dan inovasi penghasilan serta penggunaan produk Body Enclosure for Corpse. BEC dihasilkan untuk meletakkan mayat-mayat terutama mayat covid19 yang tidak dapat dilihat oleh kaum keluarga. Dengan BEC, jenazah dapat dilihat dengan penghasilan ruang tingkap pada BEC. UNIMAS dan Jabatan Forensik HUS telah bekerjasama sejak 2005. Bermula dengan kajian epidemiologi kemalangan jalanraya, di ikuti dengan sistem data dan kini produk yang diperibadikan bagi pengurusan si-mati. Kumpulan kami terdiri daripada, Dr Norliza Ibrahim, Dr Ganesh RS, Dr M. Hamdi M, Dr Saiful Bahari dan En. Muhyiddin M. Kematian adalah pasti. Walaubagaimanapun, pengurusan kematian tidak semestinya memakan masa dan dipenuhi kesuraman. Tempahan beg mayat khusus pula melibatkan pertambahan kos untuk kes seperti bencana di darat, udara, laut yang melibatkan ada/tiada letupan. Sesetengah kes boleh melibatkan mikroorganisma berjangkit/ bahaya seperti kuman TB “Mycobacterium tuberculosis”, virus hepatitis, virus immunodefisiensi (HIV) mahupun, virus korona-19 (Covid-19) memerlukan beg mayat yang sesuai. Tambahan pula sehingga kini, dalam pengurusan kematian, tiada suatu produk yang menceriakan, hanya satu warna stereotipikal, dengan satu saiz padanan semua. Pengendali si-mati pula berkemungkinan terdedah kepada bendalir tubuh yang boleh membawa penyakit. Justeru, Body Enclosure for Corpse (BEC) telah dibangunkan dengan mengambilkira permasalahan tersebut, pada masa sama, mesra pengendali & waris si-mati. Secara kolektif, BEC sebagai suatu produk adalah komponen pencetus kepada bermulanya pendekatan “diperibadikan” untuk perkhidmatan forensik di Malaysia.

Item Type: Video
Subjects: A General Works > A32 Universiti Malaysia Sarawak -- Innovation.
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Faculties, Institutes, Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Depositing User: Othman
Date Deposited: 21 Sep 2020 02:42
Last Modified: 21 Sep 2020 02:42
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/31819

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item