Reka Bentuk Rinagang dalam Kostum Tradisional Wanita Etnik DusunTindal Di Sabah

Salbiah, Kindoyop and Noria, Tugang (2016) Reka Bentuk Rinagang dalam Kostum Tradisional Wanita Etnik DusunTindal Di Sabah. Proceedings International Seminar on the Heritage & Folklore of the Malay Archipelago. (Unpublished)

[img] PDF
Reka Bentuk Rinagang dalam Kostum Tradisional Wanita Etnik DusunTindal Di Sabah.pdf

Download (332kB)

Abstract

Etnik Dusun Tindal dipercayai mendiami daerah Kota Belud yang terletak di kawasan Pantai Barat Negeri Sabah. Daerah ini merentasi kawasan seluas 1385.6 Kilometer persegi dan terletak di kawasan kaki Gunung Kinabalu. Jarak Kota Belud ke Kota Kinabalu adalah sejauh 77 Kilometer. Daerah ini juga bersempadan dengan tiga buah daerah iaitu, daerah Kota Marudu di sebelah Utara, daerah Ranau di bahagian Timur dan daerah Tuaran di bahagian Barat. Berdasarkan banci penduduk dan perumahan, Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), penduduk Dusun Tindal merupakan etnik yang terbesar mendiami daerah Kota Belud iaitu, berjumlah 38,097 orang, diikuti etnik Bajau dan Iranun yang berjumlah 31,506 orang. Kota Belud adalah istilah bahasa Bajau yang bermaksud ‘kubu pertahanan di atas bukit’. Asal usul nama ini boleh dikesan pada zaman dahulu sebelum adanya badan pemerintahan. Pada ketika itu, permusuhan antara kaum Dusun, Bajau dan Iranun sering berlaku kerana ketiadaan pentadbiran yang mengawal peraturan dan hal ehwal adat suku kaum di daerah tersebut. Permusuhan ini menjadi faktor penolak Orang Dusun untuk berpindah ke kawasan pendalaman atau kaki bukit (tindal). Nama Dusun Tindal adalah diambil sempena nama kawasan bukit iaitu, sinonim dengan perkataan belud dalam bahasa Bajau1. Menurut Topin (1996:4), etnik Dusun Tindal juga tergolong dalam 40 etnik yang berdaftar di bawah suku KadazanDusun yang terlah berhijrah dari nunuk ragang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Rinagang, Dusun, Tindal, Sabah, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 07 Sep 2020 07:03
Last Modified: 07 Sep 2020 07:03
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/31633

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item