Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: Kajian Kes Daerah Timur Laut Pulau Pinang

Mohd Norarshad, Nordin (2020) Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: Kajian Kes Daerah Timur Laut Pulau Pinang. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Integrasi Sistem Maklumat Geografi dalam pemetaan jenayah dan masalah sosial terutamanya berkaitan penyalahgunaan dadah masih kurang dilakukan. Kajian ini mengkaji tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan kes pecah rumah di daerah Timur Laut Pulau Pinang pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Tiga objektif khusus dalam kajian ini iaitu mengenalpasti corak ruangan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda; menganalisis kawasan hot spot kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda, serta menganalisis korelasi ruangan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda. Kaedah digunakan iaitu Average Nearest Neighbor (ANN), Getis Ord*, Regresi Ordinary Least Square (OLS) dan Moran’s I. Hasil kajian menunjukkan corak ruangan kes penyalahgunaan dadah dan kes pecah rumah pada 2013 hingga 2015 adalah berkelompok. Berdasarkan nilai z-skor < -2.58 dan p-value iaitu p<0.001 menunjukkan nilai signifikan yang tinggi. Kawasan hot spot kes dadah dalam kalangan belia bagi tiga tahun tempoh kajian melibatkan kawasan Balai Polis Jelutong, Jalan Patani dan Ayer Itam. Kawasan hot spot kes pecah rumah pula melibatkan kawasan Balai Polis Jelutong, Sungai Nibong, Dato Keramat, Bandar Baru dan Tanjung Tokong. Hasil dapatan kajian juga mendapati korelasi ruangan yang positif antara kes penyalahgunaan dadah dan kes pecah rumah bagi tiga tahun tempoh kajian dijalankan dan nilai indeks Moran’s I adalah I>1. Kawasan hot spot penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia berlaku di kawasan yang tinggi populasi belia. Kawasan hot spot kes penyalahgunaan dadah dan kes pecah rumah dikenalpasti di kawasan pusat bandar dan berhampiran pusat bandar serta kawasan kepadatan penduduk tinggi.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (PhD.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2020.
Uncontrolled Keywords: Drug abuse, resident burglary, spatial, GIS, buffer, ANN, Moran’s I, Getis Ord, Hot spots, autocorrelation, index, sector, police station, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education , Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GA Mathematical geography. Cartography
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: MOHD NORARSHAD BIN NORDIN
Date Deposited: 13 Jul 2020 00:22
Last Modified: 21 Mar 2023 08:00
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/30412

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item