Let Us Learn Arabic Language (Level 3)

Yahya, Bakeri (2019) Let Us Learn Arabic Language (Level 3). UNIMAS Publisher, Kota Samarahan, Malaysia. ISBN 978-967-2298-22-9

[img] PDF
Let Us Learn Arabic Language Level3.pdf

Download (3MB)

Abstract

Mempelajari dan menguasai bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Pandangan dan persepsi ini mungkin dipengaruhi oleh faktor kerumitan dalam menguasai bahasa tersebut, atau berpunca daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Rentetan daripada permasalahan tersebut, serta keperluan untuk mempelajari bahasa Arab, penerbitan buku ini amat signifikan dalam usaha Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, menyebarluaskan ilmu kebahasaan kepada khalayak pembaca. Kandungan buku ini mencakupi kaedah terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan gaya yang terkini, serta sesuai digunakan oleh semua peringkat pelajar. Buku ini juga sesuai dijadikan sumber rujukan dan panduan bagi guru-guru bahasa Arab, sama ada di peringkat sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi. Di samping itu, buku ini dihasilkan bukan sekadar berteraskan pengetahuan penulis yang mendalam terhadap bahasa Arab, tetapi turut diadun bersama dengan pengalaman beliau sebagai guru bahasa Arab kepada pelajar Malaysia dan antarabangsa dalam tempoh yang agak panjang. Sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengajian bahasa di UNIMAS, kita percaya sesuatu bahasa akan terus berkembang dan kekal seandainya ditulis, dilatih dan digunakan secara meluas oleh kelompok masyarakat. Bahasa juga boleh lenyap dan mati, sekiranya tiada usaha pengembangan dilakukan. Sehubungan itu, kita berharap buku ini dapat memberi manfaat dan impak kepada para pelajar, pengajar dan pembaca dalam melestarikan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa terpenting di dunia.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Arabic language, Language and languages, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Ling Sing
Date Deposited: 05 Feb 2020 01:01
Last Modified: 30 Oct 2023 00:54
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28896

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item