Pemuliharaan Mural Kaligrafi Sebagai Warisan Seni dan Budaya Melayu: Satu Kajian Di Masjid-Masjid Sekitar Daerah Kuching, Sarawak

Mohd Azhar, Ali (2019) Pemuliharaan Mural Kaligrafi Sebagai Warisan Seni dan Budaya Melayu: Satu Kajian Di Masjid-Masjid Sekitar Daerah Kuching, Sarawak. In: Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu (PABM-VI-2019), 27-28 September 2019, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img] PDF
Pemuliharaan Mural Kaligrafi Sebagai Warisan Seni dan Budaya Melayu.pdf

Download (3MB)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian bagi mengetahui perancangan awal pemuliharaan mural kaligrafi yang terdapat di dinding-dinding masjid sekitar daerah Kuching, Sarawak. Mural kaligrafi merupakan satu cabang seni yang sinonim dalam warisan budaya Melayu dan banyak tertumpu di masjid-masjid. Keperluan pemuliharaan mural kaligrafi ini sering dipinggirkan ekoran kurangnya pengetahuan berkenaan kaedah penulisan dan bahan yang digunakan. Kajian ini mengetengahkan pendekatan bagi memulihara seni kaligrafi ini agar tidak lupus oleh modenisasi terutamanya yang telah wujud sejak awal pembinaan sesebuah masjid dan melibatkan sentuhan penulis kaligrafi yang hebat. Mural kaligrafi ini perlu dihargai sebagaimana bangunan sejarah ini dipelihara kerana selain menjadi dekorasi dengan nilai estetikanya tersendiri, pemuliharaannya menyuntik kelangsungan warisan sejarah agar dapat dihayati, dijiwai, dipelajari nilai seninya dan dilestarikan bersama.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pemuliharaan, Mural Kaligrafi, Warisan Seni, Budaya Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 03 Oct 2019 07:48
Last Modified: 24 Oct 2023 08:07
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/27223

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item