Kompilasi Artikel : Linguistik Bahasa dan Budaya Sarawak

Mary Fatimah, Subet (2019) Kompilasi Artikel : Linguistik Bahasa dan Budaya Sarawak. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan. ISBN 978-967-2008-64-7

[img] PDF
Kompilasi.pdf

Download (187kB)
Official URL: https://onlineshop.unimas.my/unimaspublisher/index...

Abstract

Buku ini memuatkan 12 artikel daripada pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam tiga bidang kajian, iaitu linguistik, bahasa dan budaya. Artikelartikel berkenaan menggunakan data daripada masyarakat Melayu, Iban, Bidayuh dan Kejaman. Rata-rata fokus artikel ialah hasil perbincangan terhadap analisis data yang dikutip daripada masyarakat berkenaan. Buku ini secara tidak langsung memberi gambaran perihal latar belakang masyarakat Melayu dan peribumi lain di Sarawak. Maklumat yang dikemukakan dalam buku ini sangat bermanfaat kepada pembaca untuk mengetahui perihal penduduk negeri Sarawak. Bab 1 merupakan analisis tentang pemerolehan fonologi kanak-kanak. Bab ini mengupas perihal pemerolehan fonologi kanak-kanak yang telah dibekalkan dengan kebolehan menggunakan bahasa sejak lahir. Bab 2 pula membicarakan aspek morfologi dalam dialek Melayu Sarawak (DMS). Tumpuan bab ini ialah produktiviti imbuhan awalan yang digunakan dalam DMS. Pantun atau patun dalam bahasa Bidayuh mengandungi rahsia kebahasaan. Bab 3 meninjau tentang kewujudan implikatur dalam patun untuk mencari makna yang tersirat. Bab 4 pula ialah artikel tentang proses penggandaan semu dalam DMS dengan membincangkannya berdasarkan empat kelas kata utama, iaitu kelas kata kerja (KK), kelas kata nama (KN), kelas kata sifat/adjektif (KS) dan kata adverba/keterangan (Kk). Tutur kata dan perlakuan sosial masyarakat Melayu Sarawak memancarkan kesantunan dan ketinggian akal budi. Bab 5 buku ini memanfaatkan data deskripsi tentang kata sifat mereka yang mencerminkan adat dan budayanya yang unik dan tersendiri.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Malay language, Dialects, Sarawak (Malaysia), Social life and customs, Government publications, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Ling Sing
Date Deposited: 18 Jul 2019 08:39
Last Modified: 19 Aug 2019 00:58
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/26001

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item