Hampas Sagu Sebagai Sumber Alternatif dalam Reka Bentuk Model Automotif

Yeeni Ayu Rosita, Binti Marjani (2019) Hampas Sagu Sebagai Sumber Alternatif dalam Reka Bentuk Model Automotif. Masters thesis, University Malaysia Sarawak.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Hampas Sagu Sebagai Sumber Alternatif dalam Reka Bentuk Model.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan bahan komposit organik daripada hampas sagu. Hampas sagu dijadikan sebagai bahan alternatif untuk menghasilkan bahan kompaun yang digunakan sebagai struktur teras untuk proses model automotif. Bahan kompaun tersebut digunakan oleh pereka dan pelajar reka bentuk automotif di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Proses awal dalam penghasilan bahan kompaun ialah proses tapisan dan perahan hampas sagu basah untuk memisahkan air daripada hampas sagu. Selepas itu, serat hampas sagu dikeringkan di dalam ketuhar pada 100 oC selama 24 jam sebelum kisar sehingga menghasilkan serbuk hampas sagu (SWP). SWP dirawat dengan menggunakan serbuk kayu manis untuk proses pengawetan atau rawatan. Sisa sagu cecair (LSW) digunakan sebagai pengikat. Hampas sagu kering (DSW) dicampur dengan bahan pengikat dengan nisbah 2:1. Bahan pengikat ditentukan oleh kepekatan kanji dalam tepung sagu, tepung kanji komersial atau tepung jagung. Ujian ketahanan sampel menunjukkan bacaan tertinggi sebanyak 0.41 Mpa. Dapatan daripada sampel yang dihasilkan membuktikan bahawa ia mudah untuk diukir, dipotong dan digilap oleh kertas pasir.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2019.
Uncontrolled Keywords: Automotive modelling, binding, dried sago waste (DSW), sago waste (SW), sago waste powder (SWP), unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Design & Innovation (InDI)
Faculties, Institutes, Centres > Institute of Design & Innovation (InDI)
Depositing User: YEENI AYU ROSITA BINTI MARJANI
Date Deposited: 15 Jul 2019 06:08
Last Modified: 25 May 2023 08:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/25859

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item