saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 31/10/2012

Penyelidikan Unimas dapati kanji sagu boleh ganti gula biasa

KOTA SAMARAHAN 29 Okt. - Penghasilan gula daripada kanji sagu yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berpotensi dikomersialkan menggantikan gula biasa yang dihasilkan daripada tebu.

Penyelidik daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Unimas, Prof. Dr. Kopli Bujang berkata, rasa gula sagu hampir sama dengan gula biasa namun produk tersebut memiliki kandungan kalori sehingga 50 peratus lebih rendah.

Sehubungan itu, katanya, gula sagu mampu menjadi antara pemanis alternatif kepada orang ramai khususnya pesakit kencing manis dan diabetes.

"Penyelidikan kami ini sebenarnya bermula sejak 1998 manakala laporan pertama telah diterbitkan dalam Laporan Tahunan International Centre for Biotech (IC-Biotech) Universiti Osaka pada 2000.

"Namun, setakat ini pengeluaran berskala besar dan bersifat komersial belum dimulakan dan kami amat mengalu-alukan mana-mana syarikat swasta yang berminat menjalinkan kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Simposium Sagu ASEAN Kedua yang disempurnakan Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kopli memberitahu, gula sagu dihasilkan dalam tempoh lima hingga enam jam melalui proses hidrolisis menggunakan enzim ke atas kanji sagu pada suhu 90 darjah celsius.

Gula tersebut katanya, mengandungi 96 peratus glukosa dan empat peratus maltosa.

"Untuk menghasilkan 100 kilogram gula biasa, sebanyak satu tan tebu diperlukan. Jadi pengeluarannya menghasilkan banyak sisa buangan.

"Namun, bagi gula sagu setiap kuantiti kanji tersebut dimanfaatkan tanpa sebarang sisa kerana setiap sekilogram kanji sagu boleh menghasilkan sekilogram gula," katanya.

Menurut Kopli, pihaknya sedang menjalankan projek perintis dengan sasaran menghasilkan sehingga satu tan gula sagu setiap hari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:29
Isyak 8:42



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.