KAMPUS
ARKIB : 18/07/2012
Kaji hidupan marin di Pulau Sampadi
LUNDU 17 Julai - Seramai 60 penyelidik terdiri daripada warga Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) menyertai ekspedisi khas ke Pulau Sampadi, dekat sini selama lima hari bermula semalam.
Dekan Fakulti Sains Sumber dan Teknologi, Profesor Dr. Shabdin Mohd. Long berkata, ekspedisi tersebut melibatkan 13 projek khusus yang bertujuan mengkaji hidupan marin di situ.
"Berdasarkan pemerhatian awal, kami mendapati Pulau Sampadi menjadi habitat pelbagai hidupan liar termasuk spesies hidupan marin. Bagaimanapun, tidak banyak kajian mengenainya dilakukan.
"Kami percaya maklumat yang dikumpul sepanjang ekspedisi ini dapat membantu pihak berkuasa membuat keputusan mengenai pengurusan sumber alam semulajadi bagi memastikan kelestariannya," kata beliau ketika memberikan taklimat di Pusat Hidupan Liar Matang, dekat sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Ali Yusop serta ketua Pegawai Eksekutif SBC, Dr. Rita Manurung.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis tersebut, Ali berkata, ekspedisi tersebut merupakan yang pertama seumpamanya sejak sepasukan penyelidik SFC menemui rumput laut seluas 15 hektar di perairan tersebut pada 2009.
Katanya, rumput laut tersebut dipercayai menjadi makanan kepada anak penyu hijau spesies Chelonia Mydas.
"Sehubungan itu, biodiversiti marin di perairan pulau tersebut perlu dikaji dengan lebih lanjut sebelum kita mencadangkan supaya kerajaan negeri menggazetkan kawasan berkenaan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar," katanya.
• 13 agensi tandatangani MoU
• Tepati permintaan pasaran
• Politeknik lahirkan graduan berkualiti
• UTM komersialkan 57 hasil kajian, daftar 3,816 hak harta intelek
• Bakti pelajar UiTM di Parlimen Masjid Tanah
• Jalinan mesra UUM-Orang Asli
• HAC UiTM bantu persiapan pelajar bakal duduki SPM
• UniMAP juara keseluruhan
• Pelajar Thailand bertuah berpeluang belajar di Malaysia
• USM bantu rawat penagih
• Atlet pencak silat ungguli anugerah sukan USIM
• Penuntut UiTM Sarawak diberi pendedahan usahawan Internet
• PSMZA kuasai sukan lasak
• IPT perlu wujudkan iklim ilmu seperti sebuah taman - Raja Nazrin
• USIM anjur Bicara Simfoni
• PEA 2014 iktiraf usahawan Politeknik Malaysia
• Town and Gown gegar Batu Pahat
• Inovasi penghalau serangga
• 'Berbudi kepada masyarakat'
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












