Program Latihan Seribu Nyadi Satu (Service Learning), Lubok Antu anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017

Helmi, Sumilan and Victoria, Jonathan (2017) Program Latihan Seribu Nyadi Satu (Service Learning), Lubok Antu anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017. [Magazine and Newsletter]

[img]
Preview
PDF
Seribu Nyadi Satu Training Project Lubok Antu.pdf

Download (251kB) | Preview

Abstract

Lubok Antu Sri Aman, Sarawak: 26-27 April 2018 Sekumpulan pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) dengan kerjasama Aiman Planet Borneo of Companies telah menganjurkan program latihan Seribu Nyadi Satu kepada staf dan kakitangan Aiman Batang Ai Resort & Retreat (ABARR) pada 26-27 April yang lepas bertempat di Lubok Antu, Sri Aman. Program latihan selama dua (2) hari ini yang merupakan aktiviti bersifat service learning adalah merupakan salah satu keperluan kursus KMS6033 Design of Training Program yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) untuk bergraduat. Encik Helmi Sumilan dan Cik Victoria Jonathan daripada Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang juga merupakan pensyarah kursus KMS6033 sekaligus merangkap penasihat program latihan berkenaan turut hadir bagi memantau perjalanan program. Objektif utama program latihan Seribu Nyadi Satu berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam organisasi serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan kakitangan operasi Aiman Batang Ai Resort & Retreat (ABARR). Pelbagai modul telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang dua hari program berkenaan diadakan termasuklah ice-breaking, pengucapan awam, pembentangan serta aktiviti-aktiviti team-building. Turut hadir semasa majlis penutupan program adalah Ketua Pegawai Operasi Aiman Planet Borneo of Companies Encik Edward Minggat Gena.

Item Type: Magazine and Newsletter
Uncontrolled Keywords: Program Latihan Seribu Nyadi Satu (Service Learning), Lubok Antu, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), MSc.HRD Kohort Februari 2017, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak .
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sumilan
Date Deposited: 16 Aug 2018 02:12
Last Modified: 18 Dec 2018 06:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/21261

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item