Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

Norasmah, Bt Yusoff. (1997) Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. [Project Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext : 3932 / 3914)
Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan Malaysia di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan satu-satunya pertubuhan dunia yang ditubuhkan bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia. Kehadiran Malaysia sejak menganggotai PBB telah banyak menyaksikan peranan aktifnya selaras dengan pendirian Malaysia yang mementingkan konsep keamanan sejagat. Selain daripada konsep keamanan sejagat yang sentiasa menjadi teras dasar Malaysia hingga ke hari ini, beberapa faktor lain seperti kedudukan geostrategik negara, faktor ekonomi, faktor persejarahan dan beberapa faktor lain juga turut diambil kira. Faktor faktor tersebut telah juga menjadi pendorong utama kepada Malaysia untuk turut serta dalam misi-misi keamanan di bawah payung PBB. Bertitik tolak daripada misi terulung Malaysia di Congo, Malaysia seterusnya sentiasa bergiat aktif dalam menyertai misi-misi keamanan PBB. Sesungguhnya kehadiran Malaysia dalam membantu mewujudkan keamanan walau di mana jua telah banyak memberikan implikasi yang positif kepada negara kita. Ia bukan sahaja dapat menaikkan prestij negara di mata dunia, malahan turut memberikan pengalaman yang berharga bagi meningkatkan kecekapan para anggota tentera Malaysia. Pada masa yang sama secara tidak langsung, hubungan diplomatik yang baik akan dapat diwujudkan seterusnya dapat mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baru kepada Malaysia kita. Malaysia, secara keseluruhannya telah dapat memainkan peranan yang aktif dalam membantu PBB untuk mewujudkan keamanan walau di mana jua. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan yang menyeluruh bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya bergantung kepada kesungguhan dan komitment yang padu daripada semua pihak terutamanya kuasa-kuasa besar dunia yang mempunyai `power' dalam PBB.

Item Type: Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: Security, International, International relations, United Nations (UN), unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: J Political Science > JZ International relations
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 11 Aug 2015 07:05
Last Modified: 11 Aug 2015 07:05
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8576

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item