Kepemimpinan politik di Kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak

Ranum, Bari (1997) Kepemimpinan politik di Kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak. [Project Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Kepemimpinan politik di Kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext : 3932 / 3914)
Kepemimpinan politik di Kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak (fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepemimpinan politik di kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak. Pemimpin politik memainkan peranan penting ke arah kemajuan masyarakat Bidayuh sehingga kini, sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosialnya. Sebagai sebuah masyarakat yang asalnya hidup berpecah-belah mengikut kumpulan-kumpulan tertentu, mereka memerlukan pemimpin yang layak untuk menjadi wakil kepada mereka sebagai orang perantaraan dengan kerajaan. Di sinilah perlunya kepemimpinan yang berkesan untuk menentukan kejayaan seseorang pemimpin tersebut. Kepemimpinan politik sekarang adalah lebih jelas dari segi kemajuan yang dibawa kepada masyarakat Bidayuh berbanding pemimpin politik Bidayuh dulu, memandangkan mereka mempunyai pendidikan yang lebih tinggi. Dari segi jumlahnya, masyarakat Bidayuh masih kekurangan pemimpin politik, sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen. Namun, ini tidak bermakna peluang mereka untuk menonjolkan kepemimpinan adalah terhalang sama sekali. Kerajaan tetap memberi peluang kepada mereka menunjukkan kemampuan untuk membawa kemajuan kepada masyarakat. Maknanya, kerajaan tetap menghargai sumbangan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik di kalangan masyarakat Bidayuh kepada politik Sarawak. Pertambahan golongan berpendidikan tinggi yang melibatkan diri di dalam politik, merupakan petanda baik kepada perkembangan politik masyarakat Bidayuh keseluruhannya. Ini akan melahirkan lebih rarnai pemimpin yang mempunyai kepemimpinan yang lebih berkesan pada masa hadapan, dan seterusnya mampu untuk membawa kemajuan yang lebih pesat kepada masyarakat Bidayuh.

Item Type: Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: Political leadership, kepemimpinan politik, Bidayuh, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 30 Jul 2015 03:38
Last Modified: 30 Jul 2015 03:38
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8429

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item