Pengujian hubungan jangka panjang antara pelaburan sektor awam dan pelaburan sektor swata di Malaysia

Anderson, Sengli (2014) Pengujian hubungan jangka panjang antara pelaburan sektor awam dan pelaburan sektor swata di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Anderson Sengli ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Dimotivasikan oleh isu ketidakstabilan pertumbuhan pelaburan swasta dalam tempoh pasca krisis kewangan Asia 1997, kajian ini telah cuba untuk menilai sejauh mana pelaburan awam melengkapi pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik telah diaplikasikan bagi tujuan penentuan kewujudan mekanisme hubungan pelengkap atau hubungan pengganti di antara pelaburan awam dan pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi. Berdasarkan keputusan analisis, hubungan pelengkap didapati wujud di antara pelaburan awam dan pelaburan sektor pertanian, perlombongan, perkilangan, pembinaan, utiliti, perdagangan, pengangkutan dan kewangan dalam jangka panjang. Pelaburan awam juga didapati turut mempengaruhi tingkat pelaburan sektor-sektor berkenaan dalam jangka pendek. Di samping pelaburan awam, penentu-penentu lain pertumbuhan pelaburan swasta iaitu output, aliran kredit dan kadar faedah pinjaman, sebahagian besar memberikan kesan yang positif ke atas pelaburan swasta dalam jangka panjang. Dari sudut polisi, kekukuhan hubungan pelengkap dapat diperkuatkan lagi sekiranya kerajaan terus meningkatkan usaha untuk mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif. Saiz pelaburan dan output sektor-sektor ekonomi dalam jangka panjang dan jangka pendek dapat dipertingkatkan jika kerajaan mampu mengurus perbelanjaan modal secara cekap dan meningkatkan pelaburan untuk sektor-sektor ekonomi yang berupaya untuk menyerap eksternaliti positif pelaburan awam pada skala yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2014.
Uncontrolled Keywords: Economic policy, Economic conditions, investment growth, investment, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, postgraduate,research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 15 Jul 2015 07:07
Last Modified: 24 Mar 2023 04:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8314

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item