Warisan masyarakat iban dari perspektif pameran : Kajian kes di muzium etnologi Sarawak

Alexander, ak Chelum (2014) Warisan masyarakat iban dari perspektif pameran : Kajian kes di muzium etnologi Sarawak. Masters thesis, UNSPECIFIED.

[img]
Preview
PDF
Warisan masyarakat iban dari perspektif pameran (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF
Warisan masyarakat iban dari perspektif pameran.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB)

Abstract

Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan warisan masyarakat Than dari perspektif pameran: kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak. Secara khususnya kajian dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap maklumat yang disampaikan dan diperolehi ketika lawatan mereka ke bahagian pameran di bahagian koleksi pameran warisan budaya masyarakat Than di Muzium Etnologi Sarawak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap gaya pameran dan mencari tafsiran atau diskripsi mengenai objek pameran warisan budaya masyarakat Than yang belum mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi objek warisan budaya tersebut dipamerkan di Muzium Etnologi Sarawak. Manakala secara umumnya, adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan dan sekaligus mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pengunjung bagi meningkatkan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat, memperbaiki gaya pameran yang diamalkan sekarang dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung. Ini dapat diterjemahkan melalui survei yang dilakukan terhadap pengunjung yang datang berkunjung ke muzium tersebut dan disokong dengan fakta-fakta yang diperolehi hasil daripada temubual bersama pegawai Muzium Etnologi Sarawak dan informan yang pakar mengenai warisan budaya masyarakat Iban. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengunjung kurang berpuas hati terhadap keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek warisan budaya masyarakat Than yang dipamerkan di Muzium tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.Sc.) -- Universiti Malaya, 2014.
Uncontrolled Keywords: Museum visitors, Iban (Bornean people), unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, postgraduate,research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 25 Jun 2015 06:27
Last Modified: 25 Jun 2015 06:27
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8056

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item