The role of long-chain polyunsaturated fatty acid (Lc-Pufa) biosynthesis on reproductive performance of female zebrafish (Danio rerio)

Badiozaman, bin Sulaiman (2014) The role of long-chain polyunsaturated fatty acid (Lc-Pufa) biosynthesis on reproductive performance of female zebrafish (Danio rerio). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
The role of long-chain polyunsaturated fatty acid (Lc-Pufa) (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF
The role of long-chain polyunsaturated fatty acid (Lc-Pufa).pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Walaupun asid lemak poli-tak tepu panjang (LC-PUFA) telah diketahui memainkan peranan penting dalam pembiakan induk ikan, maklumat berkenaan penggunaan dan sintesisnya dalam pematangan ovari adalah masih terhad. Memandangkan laluan biosintesis LC-PUFA dalam zebrafish telah diketahui secara meluas serta ianya juga mempunyai kaedah pematangan oosit in vitro (NM) yang mantap, kajian ini selanjutnya menggunakan zebrafish untuk mengkaji peranan LC-PUFA ovari dalam pematangan oosit dan kesuburan ikan teleos. Tiga diet kajian yang mengandungi lipid dari sumber berbeza iaitu 100FO (minyak ikan sepenuhnya), 50LO0O (campuran nisbah 1: 1 minyak biji rami dan minyak jagung), serta 25LO0O (campuran nisbah 1: 1: 2 minyak biji rami, minyak jagung dan asid oleik) telah diformulasi. Diet berkenaan kemudiannya diberi makan kepada ikan zebrafish betina selama 13 minggu sementara pembiakan dilakukan setiap selang 5 hari sepanjang tempoh rawatan pemakanan. Purata kadar kesuburan diambil kira dari keseluruhan sesi pembiakan manakala kadar IVM, komposisi asid lemak dalam tisu hati, otot, usus dan oosit vitellogenic lewat (LV) serta pengekspresan gen desaturase (fadsd6) dan elongase (elovl5, elovl2) dalam LV dianalisa setelah tamat rawatan pemakanan. Kadar kesuburan dan NM secara konsisten lebih tinggi dalam ikan yang menerima diet 50LO0O, diikuti dengan 25LO0O manakala paling rendah dalam ikan yang menerima diet 100FO. ' Ini menunjukkan satu korelasi positif dimana kesan perbezaan komposisi LC-PUFA dalam ovari terhadap kesuburan adalah dipengaruhi oleh kemampuan oosit untuk menjadi matang. Tisu ikan yang menerima diet 50LO0O dan 25LO0O mengandungi LC-PUFA dalam jumlah yang ketara walaupun asid lemak ini sebelumnya tidak hadir dalam kedua-dua diet berkenaan. Tambahan pula, asid arakidonik (ARA) iaitu sejenis LC-PUFA yang memainkan peranan penting dalam proses kematangan oosit adalah lebih tinggi secara signifikan dalam LV ikan yang menerima diet 50LO0O dan 25LO0O berbanding dengan ikan yang menerima diet IOOFO. Ini menunjukkan bahawa zebrafish betina menggunakan kapasiti biosintesis mereka dan adanya xii asid lemak prekursor bagi mensintesis LC-PUFA yang diperlukan untuk kematangan oosit. Kehadiran asid lemak perantara LC-PUFA (18: 3n6,20: 3n6,20: 4n3,22: 5n3), akumulasi selektif ARA dan asid dekosaheksanoik (DHA), serta profil ARA yang unik dalam LV menyokong berlakunya sintesis LC-PUFA secara endogenes di dalam oosit. Pengekspresan gen biosintesis LC-PUFA yang berbeza dalam LV yang menerima rawatan pemakanan berlainan juga menyokong idea ini. Ekspresi fadsd6, elovl5 dan elovl2 yang lebih tinggi dalam LV yang menerima diet 25L00O membolehkannya menghasilkan ARA dan DHA dalam jumlah yang sama atau hampir setara dengan 50LO0O walaupun ia asalnya mengandungi lebih sedikit prekursor. Sementara itu, ekspresifadsd6 dan elovl5 yang rendah dalam LV yang menerima diet 100FO adalah mungkin disebabkan kekurangan prekursor yang cukup untuk sintesis berkesan manakala ekspresi elovl2 yang sederhana mencerminkan fungsinya untuk cenderung memanjangkan prekursor yang sedia ada dalam diet berkenaan. Secara keseluruhannya, hasil kajian menyokong kewujudan sistem biosintesis LC-PUFA setempat dalam oosit yang sedang berkembang dan kapasiti ini memberi manfaat kepada zebrafish dalam mengubahsuai kandungan LC-PUFA bagi menambah baik prestasi pembiakan semasa tempoh penghasilan telur yang aktif.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.Sc.) -- Universiti Sains Malaysia, 2014.
Uncontrolled Keywords: Unsaturated fatty acids, Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acid,undergraduate, postgraduate,research, Universiti Malaysia Sarawak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education.
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 25 Jun 2015 06:23
Last Modified: 10 Sep 2015 02:02
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8055

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item