Seni Pembuatan Ilang Dan Nyabur: Kebanggaan Dan Simbol Masyarakat Iban Di Sarawak

Amee, Joan (2015) Seni Pembuatan Ilang Dan Nyabur: Kebanggaan Dan Simbol Masyarakat Iban Di Sarawak. -. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Seni_Pembuatan_Ilang.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Parang atau pedang Iban, lebih dikenali sebagai Ilang dan Nyabur adalah warisan tradisional kaum Iban di Sarawak. Ilang dan nyabur telah digunakan sebagai senjata semasa era penjajahan.Selepas Perang Dunia Kedua, ia digunakan kaum Iban untuk menjalankan aktiviti harian. Proses pembuatan ilang dan nyabur memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Pada zaman dahulu, doa dan upacara ritual mesti mengiringi setiap langkah dalam membuat ilang dan nyabur. Kini, ilang dan nyabur digunakan sebagai perhiasan dan juga sebagai hadiah atau cenderahati. Kepentingan ilang dan nyabur bagi kaum Iban adalah sama dengan keris yang digunakan oleh orang Melayu. Kertas kerja ini mengkaji seni pembuatan ilang dan nyabur, fungsi-fungsinya dalam adat lama kaum Iban dan juga keunikannya. Selain daripada itu, kertas kerja ini juga akan menyentuh terminologi atau istilah bahasa Iban yang digunakan untuk menamakan perkakas-perkakas khas dan proses pembuatan artifak ini. Maklumat atau data mengenai pembuatan ilang dan nyabur ini telah dikumpul dari sebuah keluarga ‘Tukang Kambuh’ ilang dan nyabur dari Pasai Bon, Sibu,Sarawak. Seorang daripada mereka telah menjuarai pertandingan Hari Kraf Tradisional (Kategori Kraf Logam) untuk dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2011 dan 2012. Kertas kerja ini juga mencadangkan seni pembuatan ilang dan nyabur diajar kepada generasi baru kaum Iban kerana ilang dan nyabur adalah kebanggaan dan simbol identiti budaya masyarakat Iban.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: ilang, nyabur, bungai kunding, peputan, teruduk, sulung, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies (rebranded to FLSCS in 2015)
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 23 Jun 2015 03:42
Last Modified: 23 Feb 2017 02:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8012

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item