Mengimbas Mitos Pribumi Malas Adakah Pak Pandir Dan Ma’taroi Mangsa Ideologi Zaman Industri

Mary Fatimah, Subet and Shanthi, Nadarajan and Dayang Sariah, Abang Suhai (2015) Mengimbas Mitos Pribumi Malas Adakah Pak Pandir Dan Ma’taroi Mangsa Ideologi Zaman Industri. UNSPECIFIED. Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS). (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Mengimbas Mitos Pribumi Malas Adakah Pak Pandir Dan Ma’taroi Mangsa Ideologi Zaman Industri.pdf

Download (534kB) | Preview

Abstract

Hampir semua cerita rakyat Malaysia berupa cerita penglipur lara yang yang di sampaikan dalam bentuk lisan sebelum di tulis. Cerita Pak Pandir di Semenanjung dan Ma‟Taroi adalah antara cerita yang telah dibawa dari masyarakat lama sehingga zaman sekarang dan berbentuk cerita jenaka tentang watak watak lurus bendul yang seringkali menghadapi masaalah disebabkan kebodohan mereka [1 ]. Buat masa ini cerita pak Pandir diklasifikasikan sebagai cerita rakyat dan wujud dalam bentuk cerita kanak kanak dan seloka yang menasihatkan kanak kanak supaya rajin dan pintar. Konsep seperti ini telah berulang kali di huraikan oleh para sasterawan dan penulis tempatan [ ]. Namun demikian terdapat segelintir pengkaji yang tidak berpuas hati dengan paparan imej masyarakat tempatan sebagai golongan yang buta huruf, malas dan tidak pandai menyimpan harta [ ]. Selain dari itu terdapat perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat pribumi bahawa cara hidup mereka seringkali disalah tafsir seperti malas, berkurangan [ ] enggan bekerja dan sentiasa ingin memudahkan kerja mereka [ ]. Tanggapan ini mungkin disebabkan oleh ideologi pada waktu itu dimana masyarakat telah menerima pandangan bahawa yang tidak „berusaha‟ sepertimana yang digariskan oleh pihak penjajah memang jahil dan malas dan tidak memahami cara hidup sebenar masyarat tempatan pada waktu tersebut. Lagipun, apabila sesuatu cerita masih dalam bentuk lisan, peristiwa masa lampau akan “diingati” mengikut pengalaman dan kehendak masyarakat zaman tersebut [ ]. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa gelagat Pak Pandir dan Ma‟Taroi sebenarnya mencerminkan falsafah hidup masyarakat tempatan „free spiritedness‟ dan mempaparkan erti sebenar kehidupan yang bebas dan sifat sifat berdikari mereka yang hidup sebelum dunia Industrialist datang ke rantau ini.

Item Type: Monograph (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords: Mitos pribumi malas, Pak Pandir, ma'taroi. mangsa ideologi, zaman industri, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, universiti, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, undergraduate, research
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies (rebranded to FLSCS in 2015)
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 18 Mar 2015 03:03
Last Modified: 17 Sep 2015 02:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/6601

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item