Kajian promosi desa water park

Loh, Shiang Yin (2007) Kajian promosi desa water park. [Project Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
LOH SHIANG YIN(24 pages).pdf

Download (477kB) | Preview

Abstract

Taman tema air merupakan tempat hiburan yang menyediakan tempat permainan yang jenis perairan. Desa Water Park merupakan taman tema yang menarik dan terletak di sekitar Lembah Klang. Desa Water Park ditubuhkan pada 27 Julai 1998 dan ia merupakan sebuah taman tema air yang mengutamakan keluarga. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tentang keberkesanan periklanan dalam mempromosikan Desa Water Park. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji dan mengenalpasti pesaing Desa Water Park kerana pesaing adalah satu sumber yang boleh mempengaruhi prestasi sesebuah penubuhan perusahaan. Pada masa yang sama, pengkaji juga menyelidikan promosi dan kepelbagaian dalam kaedah komunikasi periklanan serta elemen-elemen grafik yang digunakan oleh pesaing. Berdasarkan pemerhatian serta penyelidikan yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa strategi promosi yang dijalankan oleh Desa Water Park masih belum memenuhi matlamat organisasi tersebut. Dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menekankan penggunaan strategi baru dalam kempen periklanan dan strategi baru ini akan digunakan dalam mempromosi Desa Water Park yang berkonsep baru iaitu lebih seronok dan meriah. Justeru, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu dalam menjayakan strategi promosi Desa Water Park bagi mencapai matlamat organisasi tersebut.

Item Type: Project Report
Additional Information: Project report (BA.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2007.
Uncontrolled Keywords: Advertising campaigns, Signs and signboards, Taman Tema Air, kaedah Periklanan, UNIMAS, Universiti Malaysia Sarawak, Undergraduate
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 02 Feb 2015 08:08
Last Modified: 01 Mar 2017 02:52
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/6357

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item