Keberkesanan kaunseling kelompok berstruktur dalam meningkatkan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) remaja

Nur Farahzawah, bt. Ali (2008) Keberkesanan kaunseling kelompok berstruktur dalam meningkatkan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) remaja. [Project Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK BERSTRUKTUR DALAM MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE) REMAJA(24pgs).pdf

Download (454kB) | Preview
[img] PDF
Keberkesanan Kaunseling Kelompok Berstruktur Dalam Meningkatkan Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) Remaja (full).pdf
Restricted to Registered users only

Download (900kB)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental kuasi yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam membantu meningkatkan kecerdasan emosi remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan, Sarawak. Sampel yang berjumlah 10 partisipan adalah terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan empat yang berumur 16 tahun. Lima (5) orang pelajar dipilih sebagai ahli kelompok rawatan dan lima (5) orang lagi sebagai kelompok kawalan. Sesi kaunseling kelompok yang dijalankan menggunakan modul yang diubah suai daripada buku kaunseling kelompok dan buku-buku mengenai kecerdasan emosi. Modul tersebut dikenali sebagai Modul Peningkatan Kecerdasan Emosi Remaja (MPKER). Kajian ini juga turut menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keyakinan p<.05 dalam 14 kelompok rawatan selepas menjalani sesi kaunseling kelompok bagi komponen pengurusan emosi orang lain dan kecerdasan emosi secara keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan kaunseling kelompok berkesan dalam meningkatkan kecerdasan emosi remaja lelaki berdasarkan empat komponen dalam kecerdasan emosi. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi komponen persepsi emosi, pengurusan emosi diri dan penggunaan emosi dalam kelompok rawatan. Bagi kelompok kawalan, tidak terdapat sebarang perubahan yang signifikan bagi kecerdasan emosi mereka. Selain itu, setelah diuji kesahan dan kebolehpercayaan, didapati bahawa MPKER mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan modul yang ditentukan menggunakan kaedah kesahan kandungan yang dinilai oleh pakar adalah .808. Kebolehpercayaan modul ditentukan menggunakan kaedah Alpha Cronbach menunjukkan nilai yang tinggi iaitu .89.

Item Type: Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) - Universiti Malaysia Sarawak, 2008.
Uncontrolled Keywords: Group counseling, Study and teaching, Emotional Intelligence, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate,research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 09 Dec 2014 01:22
Last Modified: 20 May 2015 08:25
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/5668

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item