Pemilihan bahasa komuniti multilingual di Miri : Satu penelitian awal

Norazuna, Norahim and Dayang Sariah, Abang Suhai and Nur Ardini Jian, Abdullah and Hamidah, Abdul Wahab and Damien, Mikeng (2013) Pemilihan bahasa komuniti multilingual di Miri : Satu penelitian awal. [Working Paper] (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Pemilihan_Bahasa_Komuniti_Multilingual_di_Miri_abstract.pdf

Download (15kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan dapatan awal penyelidikan yang sedang dijalankan yang meneliti situasi pertembungan bahasa dan kedudukan bahasa-bahasa terancam di beberapa kawasan terpilih di Sarawak. Kawasan kajian yang utama ialah di sekitar bandar Miri di Sarawak. Miri yang terletak di bahagian utara Sarawak sangat menarik untuk dikaji kerana landskap sosiolinguistiknya agak berbeza daripada masyarakat di bahagian selatan (Kuching, Sri Aman, Sibu). Selain Melayu, Kedayan, Cina, Iban dan Melanau, ia menempatkan pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Orang Ulu yang kebanyakannya mempunyai jumlah penutur kurang daripada 10,000. Bandar raya ini juga menjadi tumpuan masyarakat luar dan tempatan kerana industri petroleumnya. Satu kajian awal meneliti pola pemilihan bahasa komuniti di Miri dalam beberapa domain dan setting telah dijalankan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data dibuat melalui temubual berpandukan borang soal selidik, dan melalui penelitian pola penggunaan bahasa harian komuniti ini di beberapa tempat terpilih. Dapatan awal mendapati bahasa melayu standard merupakan pilihan utama masyarakat Miri dalam interaksi antara pelbagai kaum. Ini berbeza daripada masyarakat di selatan Sarawak yang memilih dialek Melayu Sarawak. Faktor utamanya kebanyakan penutur daripada golongan Orang Ulu tidak memahami dialek Melayu Sarawak.

Item Type: Working Paper
Uncontrolled Keywords: bahasa terancam, pertembungan bahasa, pola pemilihan bahasa, komuniti minoriti, 2013, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, universiti, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, undergraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 05 Dec 2013 09:13
Last Modified: 25 Aug 2020 06:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/346

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item