Faktor-faktor mempengaruhi ketidakhadiran pekerja eksekutif di Kilang Proton, Shah Alam

Fong, Wee Ping (1997) Faktor-faktor mempengaruhi ketidakhadiran pekerja eksekutif di Kilang Proton, Shah Alam. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
fong wee pingfull.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar ketidakhadiran di kalangan pekerja eksekutif di kilang PROTON, Shah Alam. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas yang berkaitan dengan kajian ini. Sampel kajian adalah seramai 70 orang pekerja eksekutif daripada 8 buah jabatan di kilang PROTON. Penyelidik kajian ini menggunakan pendekatan survei yang merangkumi soal selidik, fail peribadi, pemerhatian, temubual dan kajian perpustakaan untuk mendapat data-data dan maklumat. Semua data dan maklumat dianalisis melalui program "Statistical Package of Social Science (SPSS)" dengan menggunakan Korelasi Pearson untuk menguji perkaitan di antara faktor perkahwinan, tempoh perkhidmatan, kepuasan kerja dan jantina dengan kadar ketidakhadiran. Keputuan kajian ini menunjukkan kadar ketidakhadiran hanya 0.29% dan mendapati bahawa tidak wujud perkaitan yang signifikan di antara faktor perkahwinan, tempoh perkhidmatan, kepuasan kerja dan jantina dengan ketidakhadiran di kalangan pekerja eksekutif PROTON. Cadangan dan implikasi turut dibincangkan di kajian ini kepada pihak pengurusan serta kajian masa depan.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997.
Uncontrolled Keywords: Absenteism, executive staff, kadar ketidakhadiran,unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 02 Jul 2014 07:14
Last Modified: 14 Sep 2023 03:11
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3455

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item